Wednesday 30 January 2013

+Persediaan+

Assalamualaikum....

Ini adalah persediaan kecil-kecilan yang aku buat untuk menyambut family aku yang akan datang weekend ni. So, oleh kerana aku dah pergi hantar kereta servis last 2 months, this time aku kena make sure tayar kereta semua okeh. 

Alhamdulillah, abang Ah Kiong yang hensem tu cakap.. "karita ko okeh ja bha, tinggal ko kasi alignment jak"..hah, lebih kurang begitulah bunyi nyaaaa...

Bab-bab kereta dan penjagaan kereta, aku wajib untuk ambil tahu dan belajar. Especially untuk orang bujang macam aku ni, hal-hal penjagaan kereta memang terletak di bahu aku. Kira macam tanggungjawab besar jugak lah. Bukan setakat bawak dan hantar cuci, servis enjin dan tayar memang kena tahu. 

Weekend ni nak jalan jauh, kena pulak nak bawak kakak aku yang preggy dan anak-anak dia, so aku rasa bertanggungjawab jugak untuk pastikan kereta aku okeh dan selamat. 


Jadi, aku pun terus menuju ke kedai tayar yang berdekatan.....


Masa ni nak start alignment tayar dan cek if tayar aku tak elok especially bunga tayar. So far Alhamdulillah, tayar masih okeh dan ini bermakna, duit masih tersimpan rapi lagi. 

ngeeeeeeee

Beratus kot nak tukar sebijik tayar.


 sedang asyik melihat kereta aku, 
ternampak lah pulak kesan calar-balar ini. 


"

"

"

"



 Haishhhh



Okeh, kereta dah siap and ready to goooooo....

vroooommm vroooommmm




terima kasih.


Tuesday 29 January 2013

+Fitness Party+


Assalamualaikum everybody !!


Tau tak pasal fitness party? 

Bukan besday party atau party tupperware ye, ni adalah eksesais besar-besaran yang menggabungkan pelbagai jenis senaman seperti zumba, hip hop, bokwa dan so on (lupalah)..

Aku memang suka ikut benda-benda macam ni, sebab aku jarang dapat eksesais dan aku memang takde alat senaman kat rumah so, aku rasa berbaloi jugak aku join aktiviti macam ni sebab selain aku dapat mengeluarkan peluh untuk menyihatkan tubuh badan, dapat jugak aku bersosial dengan orang ramai. 



saja nak tunjuk tiket. 
Ada nombor bertuah, tapi macam bapa aku cakap, muka kami ni memang jarang bertuah. Mihmihmih..



Sebahagian peserta yang join fitness party ni.
Sebahagian sebab kamera tak muat nak ambil gambar semua.



Kami yang sentiasa aktif nak join. 
Aku, Belinda dan Kak Sab





Friday 25 January 2013

+Kad Diskaun Siswa+

Untunglah korang yang masih lagi belajar dapat kad diskaun Siswa. 

Aku dah pening tiap kali students datang tanya kat mana nak guna kad ni...? Dekat mana?? 

So, here is the list okeh.


BUKU / ALAT TULIS
MPH BOOKSTORES
IMLAQ BOOK CENTRE
BORDERS
RONA
KIANG TRADING
- KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD
- KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
- KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD

KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN
BATA
- KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD
TEXLINE LINO

KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
POLIKLINIK AN-NISA'
QUALITAS HEALTH
FOCUS POINT
MENARA OPTOMETRY

MAKANAN DAN MINUMAN
KFC
DAILY FRESH
A&W
COFFEE BERRY
- THE CHICKEN RICE SHOP
- RESTORAN KENNY CRAB
- SWEET CHAT
- LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE
- DUBU DUBU SEOUL FOOD
- MY JAVA COFFEE
- PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL
STATION ONE PRODUCT
GLORIA JEAN’S COFFEES
BANGI KOPITIAM

PENGINAPAN
- ANCASA HOTELS & RESORTS
ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR
ANCASA ALLSUITES RESORT & SPA PORT DICKSON
JEREJAK RAINFOREST RESORT PENANG
- ANCASA EXPRESS PUDU
TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD
LEO EXPRESS HOTEL
- KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD
- KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD
- KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD
- KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD
- RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.

SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN
- FOOT MASTER
PARIS HILL
PROACTIV
CLARA
- KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD
PRODUK IT
- KOPERASI CELCOM BERHAD
- KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD
- IFAMILY

LAIN-LAIN
BKZ BIKERZ
ROLLER STAR ARENA
DOUBLE SITE
- KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD
- KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD
MYDIN




Kalau masih ada problem jugak, nahhh amik ni..




Wednesday 23 January 2013

+Tak Sabaq+


Huish, tak sabaq dah Alang nak tunggu kamu wahai anak sedara. Semoga kamu sihat dalam perut mama dan juga selepas kamu keluar dari perut mama kamu tu. 

Jantina belum diketahui. Tak kisah lah. Semoga kamu jadi anak soleh/solehah untuk mama dan bapa. Alang yang terlebih eksaited nak tunggu kamu. Bukan ape, dengar-dengar due date tu masa bulan Jun. Bulan Jun tu bukan ke hepi besday Alang, kalau kamu keluar masa besday Alang, Alang lah orang yang paling hepi sekali wahai anak sedara..kihkihkih

*anak sedara ni adalah anak ketiga kakak dan cucu keempat mak dan bapa.

Friday 18 January 2013

+Alat Pendengaran Percuma+


Berminat? 

Ini khas untuk yang memerlukan alat pendengaran ya. Kalau normal sistem pendengaran tu, takyah minta lah, nanti tuhan bagi betul-betul pekak susah pulak.

Sebelum itu, aku nak kongsi serba sedikit mengenai alat ini yang aku dapat daripada wikipedia...

'A hearing aid is an electroacoustic device which typically fits in or behind the wearer's ear, and is designed to amplify and modulate sound for the wearer. Earlier devices, known as ear trumpets or ear horns were passive funnel-like amplification cones designed to gather sound energy and direct it into the ear canal. Similar devices include the bone anchored hearing aid, and cochlear implant.'-Wikipedia

So, sesiapa yang berminat khas kepada yang ada masalah pendengaran, boleh rujuk poster di atas untuk mendapatkannya. 

Thursday 17 January 2013

+Malah Banyak Yang Dipelajari+


Adakah kita dipertemukan dengan orang yang salah? 

Tidak ada salahnya pertemuan itu, cuma pertemuan itu bukanlah pertemuan dengan jodoh kita. Kita ditemukan dengan orang yang betul pada masa itu. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan samada perpisahan hidup mahupun mati. 


Jangan pernah menyalahkan takdir atas setiap pertemuan yang berlaku.

ALLAH uji sebab Allah sayang,
ALLAH uji sebab nak mendidik,
ALLAH uji sebab nak menguatkan hati hamba-hambaNya,
ALLAH uji sebab nak mendekatkan diri kita kepadaNya.

Semua yang berlaku itu ada hikmahnya kerana ALLAH SWT menjadikan sesuatu itu tentu sekali tanpa sia-sia. ALLAH hebat kan. ALLAH ingin mendidik kita semua dari pengalaman yang kita lalui dan itu sebab dikatakan "pengalaman adalah guru yang paling berharga"

Syukur Alhamdulillah
Terima kasih ALLAH.

Monday 14 January 2013

+kadang-kadang kita perlukan ayat-ayat yang macam ni+



Terima kasih sahabat sebab berkongsi kata-kata yang menaikkan semangat ni. 


Hari ni aku memang takde mood. Bukan sebab kerja. Bukan sebab cuaca yang mendung dan hujan lebat. Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa sedih sangat. Bila aku bukak FB, nampak je kata-kata ni, terus aku rasa lega sebab aku tau Allah sayangkan aku dan Dia uji sebab Dia nak tengok takat mana aku boleh pergi. Dan memang betul pun cakap kawan aku ni, sebanyak mana dugaan yang Allah bagi pada kita, sebanyak tu lah pengalaman yang kita dapat  yang sebenarnya mematangkan kita. 

Dan yang paling baiknya, kalau kita dah merasa sakit jatuh itu, in shaa Allah bila kita jatuh balik, taklah sesakit masa mula-mula kita jatuh. 


Alhamdulillah,
Terima kasih, Allah.



+It went well+






Alhamdulillah, setelah beberapa minggu aku tunggu benda ni nak jadi, akhirnya jadi jugak semalam. Sorry lah, aku seriously nervous sebab ini kali pertama aku jadi Pengarah Program dan at the same time aku juga lah emcee of the day. So agak kelam di situ dan aku perasan aku cakap sikit punya laju daaa..

Objektif majlis sebenarnya untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali pihak pengurusan especially Pengarah dan Timbalan-timbalannya serta Ketua-ketua Jabatan. Plus, kita bagi peluang pada pelajar untuk meluahkan apa-apa yang terkandung di dalam hati samada positif atau negatif. Selain untuk penambahbaikan di masa hadapan, kita juga nak elakkan perkara-perkara itu berulang semula.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah SWT yang membalas budi kalian semua. 

“Makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah semata-mata.”
(Surat An-Nahl, ayat 70)



Saturday 12 January 2013

+Event Pertama+






Ini adalah event pertama yang aku kena handle sepanjang aku pegang jawatan di unit ni. Cantik tak backdrop? Siyesly aku rasa sangat simple sebenarnya tapi aku ni bukanlah celik sangat bab-bab IT plus dah berkarat pun skills seni aku. So, ini lah hasil last minute. Harap anda suka. hee


Baiklah, aku sambung kerja. Esok aku update pasal event aku ni. Harap-harap ia berjalan dengan lancar. Amin.