Wednesday 25 August 2010

++Ketuk-Ketuk Ramadhan Tassie++

Kali ni giliran kami pulak yang buat makan2. So, ape lagi, keghoje ler !! hehe. 

Imam dan MakTun awal2 lagi dah suruh I buat apam balik. 
Just imagine ! apam balik for 200 people. 
Dah macam nak niaga kat bazaar Ramadhan pulakk.
Ni gambar sekitar majlis berbuka dan wajah2 manusia yang bergotong-royong juga.



Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, akan diampunkan dosanya dan akan dibebaskan dari neraka, dan akan mendapat pahala sepertimana orang yang berpuasa, tanpa dikurangkan sedikit pun pahalanya "
[ Riwayat At-Tirmizi 807; Ibnu majah 1746 ]


Thursday 19 August 2010

Yang Tak Mampu Diucapkan Oleh BAPA..

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan emaknya..Lalu bagaimana dengan BAPA?

Mungkin kerana emak lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata bapa-lah yang mengingatkan emak untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, emak-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya bapa dr bekerja dan dengan wajah lelah bapa selalu menanyakan pada emak tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Bapa biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah bapa mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, bapa akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian emak bilang, "Jangan dulu bapanya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana emak takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahawa bapa dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan
menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, emak menatapmu hiba.Tetapi bapa akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, bapa melakukan itu kerana bapa tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , bapa lah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan emak yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu bapa benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada bapa untuk mendapat keizinan keluar malam, dan bapa bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa bapa melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi bapa, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada bapa, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah bapa.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak
dalam batinnya, Bahwa bapa sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,bapa akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') bapa sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati bapa merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan bapa melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan bapa adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati bapa akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti bapa akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, bapa akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan bapa itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi bapa tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan bapa.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain, bapa harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan bapa terasa kaku untuk memelukmu? Bapa hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal bapa ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang bapa lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Bapa melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah BAPA. Bapa pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan bapa tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut bapa adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin bapa, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti bapa belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu bapa merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana, bapa adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Bapa akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada bapa untuk mengambilmu darinya. Bapa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana bapa tahu.....Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat bapa melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya. Bapa pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu bapa pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Bapa menangis karena bapa sangat berbahagia, kemudian bapa berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Bapa berkata:

"Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu bapa hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....bapa telah menyelesaikan tugasnya....

Papa, Ayah, Bapa, atau Abah
Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



notakaki : 

Memula dapat email ni dan baca, teringat macamane susahnye bapa menjaga kami adik beradik sedari kecil lagi. Demi ingin melihat kejayaan dan kebahagian anak2, banyak perkara yang bapa dah lakukan untuk mencari sesuap nasi. Pengorbanan bapa memang tade bandingannya.  

Aku dapatkan notes ini daripada seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika kite berkongsinya kepada sahabat-sahabat yang lain. Banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan ayah atau bapa kite...tapi setidak2nya kini kite mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.
dipetik dari :
http://www.facebook.com/#



Tuesday 17 August 2010

+2nd Ramadhan in Tassie+

This year, dah masuk tahun ke2 aku berpuasa di perantauan. Seronok memang seronok, tapi macam biasa mesti ada sikit teringat kat mak and bapa. Biasa lahhh. Tak lama dah, pasni balik. woohoo0oo !. 


Last Saturday was our 1st iftar together with all the malaytassie group (not all actually, a few people didn't show up). So, like usual lah, kat bawah ni gambar2 di sekitar majlis, ewaahh. 

The best picture is for Salam Perantauan. Im so sorry, it didn't turn out like what Amir did last year due to different lens that I used. But Im pretty sure semua dapat masuk gambar. 

Salam Ramadhan (^__^)v








Saturday 7 August 2010

Friday 6 August 2010

+M.A.N.U.S.I.A+

Tengah duk sedap buat assignment, terpikir nak update belog. Entry kali ni berkisarkan tentang gelagat manusia tak kira la bangsa atau agama sekalipun. Sepanjang umur atau hayat I, bukan kali pertama jumpa dengan manusia yang tak kenang jasa or budi orang lain, malah ada juga terjumpa manusia yang boleh je berubah hati dan perasaan dalam sekelip mata. Ini bukan kisah cinta ye. Bukan BF/GF je boleh berubah perasaan dalam sekelip mata, jiran sebelah rumah pun boleh jugak ape. Selagi bernama manusia la. haishh...

Duduk di negara orang ni, kalau takde cabaran bukan sebuah kehidupan la. Duduk dengan mak bapak kat rumah pun ade jugak cabaran. Boleh dikatakan duduk kat mane2 pun mesti ada cabaran dan ujian. Senang cerita, kalau takmo cabaran atau ujian. Pergi mati je lah. Dekat sana pun, belom tentu lepas ujian saringan. ehem, pahamkah.?

Ini nak cerita kisah seseorang. Tak perlu tahulah dia tu sape. Sebenarnye tak penting pun dalam kehidupan seharian tapi sebab dah kenal kan. Nak tak hendak terima je lah. Kenal masa die masih belom berumah tangga. Kenal pun sebab kenal bakal die and because of nak kawen kot, die pun manis muka la. Pergi mane2 mesti tegur. Even dalam FB pun ada add. Bukan setakat add FB je, siap mengomen gambar yang I upload lagi. Kire macam mesra jugak la, tapi tak semesra kedai  stesen minyak MESRA itu ye sampai buat kopi dan teh hidang kat driver. Baik sungguh. Hehe.

But since when entah, die boleh delete I dalam FB. Aiseh, apa masalah engkau ye?Memula cek FB, terkejut jugak la, and I decided to add die balik, tapi die ignore. OK Fine. I don't care lagipun engkau hak mutlak orang. Itu tak menjadi masalah negara sebab ramai lagi yang sudi dijadikan kawan. Orang lain yang I tak kenal even I add untuk berkawan pun masih baik dan mesra dalam FB. Yang ini, entah mana silap entah, bukan dalam FB je delete, dekat luar kalau jumpa pun buat2 macam tak kenal. Tak guna sungguh! Dulu time engkau nak kawen, bukan main lagi engkau tunjuk muka manis engkau tu. Sekarang, jumpa kat luar, engkau tunjuklah tahap kesombongan engkau itu ye. Nak kata geram, tersangatlah geram. Rasa macam nak mintak balik hadiah kawen yang I bagi, tapi takmo lah sebab nanti kate buruk siku. 

Itulah manusia! Selagi engkau bernama manusia yang ada hati dan perasaan, malah akal dan fikiran. Kalau nak kate semua jahat tak boleh jugak sebab ada lagi manusia yang berhati baik dan berbudi pekerti. Cuma segelintir ni lah yang merosakkan. Ibarat 'kerana seekor kerbau bawak lumpur, habis terpalit kena kat semua'. Huh! lebih kurang laaa.

Dah la, Ramadhan dah nak dekat, semoga segala salah dan silap dapat dimaafi. Moga2 Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kite semua. Semoga ukhuwah senantiasa terjalin sesama manusia.  OK bye, nak buat keje sekolah.