Monday 22 October 2012

+Sambil Kerja Sambil Bercuti+

'Sambil Kerja Sambil Bercuti'

Inilah istilah yang paling syiok sekali untuk aku. Sambil menyelam, minum air orang kate. hikhik..

Khamis lepas, masa orang tengah enak dibuai mimpi, aku lak tengah bersiap-siap nak gerak ke Tawau. Oleh kerana perjalanan memakan masa selama 12 jam, so kami memang gerak sangatlah awal. Nak kata awal sangat sebelum Subuh tu takde lah, tapi lepas solat Subuh dan makan pagi jugak lah kami gerak. Korang mesti nak tau, kami naik ape kan ke Tawau... ? Kami naik COASTER okkay ! 

Lihat di bawah...






Tak pernah-pernah aku berjalan jauuuuuuuhhh dengan coaster, selalunya naik kereta sendiri atau bas.. tapi ini je yang boleh kami dapat sebab ada faktor-faktor lain yang menghalang. Takpe, janji kami sampai.. Gambar ni masa kami stop sekejap di tepi jalan. Motif adalah untuk bergambar sebelum sampai Tawau. Cantik pemandangan masa tu, gunung Kinabalu jelas lagi.

Kami sampai Tawau jam 8 lebih macam tu. Perut dah bergendang-gendang dah mintak diisi. Oleh kerana Tawau ni syurga makanan so, aku merelakan diri melantak semua jenis makanan. 

DIET? Tiada istilah DIET di Tawau ye. Muahahaha..


Ini masa mula-mula sampai. Sampai je terus makan. Apa lagi, 
NASI AYAM PENYET satuuuuuuuuuu!!


Ni lah masa yang ditunggu-tunggu. 
SANGGAR CHEESE + MANGGA SAGU


Ok, STEAMBOAT time !!

Oleh kerana ini adalah lawatan ilmiah. Ada a few tempat industri yang kami lawat. Antaranya Koko Teck Guan, Tempat Pemprosesan Amplang di Tawau dan Tempat Pemprosesan Kerepek di Kunak. Banyak benda yang aku belajar masa lawatan ni, walaupun aku dah tak payah ambik periksa untuk subjek ni, tapi memang banyak input yang berguna untuk tambahkan pengetahuan. Harap-harap, lawatan ni dapat bagi faedah pada 21 orang pelajar yang aku bawak ni tak termasuk driver, tapi sepanjang lawatan, driver pun join jugak.. so harap-harap lawatan ni berfaedah untuk semua...



Koko Teck Guan, Tawau





Tempat Pemprosesan Keropok Amplang, Tawau





Tempat Pemprosesan Kerepek. Kechapi Enterprise, Kunak

Selain melawat tempat-tempat yang ada dalam tentatif program, satu kemestian bagi aku untuk melawat tempat membeli belah di sini. Haha. Shopping dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan. Jadi, boss aku yang baik hati lagi macho ni telah membawa aku pusing keliling bandar Tawau dan tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar gantung (tak berapa pasti nama sebenarnye tapi aku rasa aku dengar macam tu lah)..


Muka semua ceria je kannn...dapat shopping !! 

Esoknya pulak, kami ke Semporna. Okkay, kali ni memang aku sangat eksaited. Sebab memang 1st time aku pergi dan aku dengar, tempat ni MasyaALLAH, sangatlah cantik. Dan terbukti memang cantik. Kena pulak subjek-subjek yang berada dalam gambar pun cantik jugak. Hehe. Aku upload gambar je bagi tengok k..









Memang marbeles lahhh...sangat cantik dan sangat memukau pemandangan. 

Thank you Tawau for being soooooo NICE to me. Thank you to all my DPR6A students yang plan program yang sangat marbeles ni. Jangan lupa reflective journal untuk assignment 4 ye. Terima kasih kepada driver PKK, En. Sari dan En. Philip yang sentiasa berhati-hati dan memastikan kami selamat sampai. Dan last sekali, TERIMA KASIH daun keladi pada boss aku, Encik Rusli B. Amir sebab bagi idea yang mengancam jugak. Selain tolong bawak aku pegi shopping dan tempat-tempat yang menarik, boss juga telah berjaya menambahkan berat badan aku. 



Ni lah boss aku yang paling sempoi ! Thank you boss. Next time, big project dengan students ke Semenanjung pulak.. hehehe



Sekian....