Friday, 3 January 2014

+2013 dan kenangannya+

2013 dan setiap yang berlaku

Turun naik dalam kehidupan itu lumrah. 
Ada bahagia ada kecewa itu biasa. 
Banyak benda yang berlaku kadang-kadang buat aku berfikir, muhasabah diri. Setiap ujian itu tanda Allah sayangkan kita. 


Positif


Bila kita rasa kita nak sangat benda tu jadi dalam hidup kita tapi Allah tak bagi.. mungkin ada sebab yang tersendiri. 


Semua orang inginkan kesempurnaan..
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam kehidupan..
Jangan tanya kenapa ia tak berlaku sebab aku redha dengan segala ketentuanNya.. 


Yang paling penting DOA


Semoga tahun 2014 memberi semangat baru dan kehidupan yang lebih bermakna.






Tuesday, 24 December 2013

+Tahun Baru Dunia Baru+



Hai.. 

Busy kemain sampai belog ni duk nengok sebelah mata je. 

Takde masa bukan sebab busy semata, tapi takde la citer yang menarik atau romantis untuk dikongsikan bersama.

Life aku sekarang ni, kerja kerja dan kerja.. ada masa aku spend dengan kawan-kawan baik aku, ada masa aku balik kampung.. eh, bukan ada masa jer, kena gak tengok poket aku ni.. kalau gelembung melimpah-limpah, aku balik... hehehe.. tapi tanggungjawab aku kat family tak pernah aku lupa.. paling penting call everyday... biarlah bill melambung, janji dapat dengar suara mak pak aku.. 

Tahun 2013 dah nak abis, dah nak masuk 2014.. 


Plan aku tahun depan??


Aku nak sambung belajar.. in shaa Allah, jika diberi peluang aku akan gunakan sebaik mungkin.. mohon doa semua orang je minta Allah SWT mudahkan urusan aku.. 

Kawen??Doakan je.. semoga Allah SWT mudahkan urusan jodoh aku. 

Aku harap tahun 2014 ini, apa yang aku impikan menjadi kenyataan..mungkin bukan semua impian tapi at least satu dua dalam list impian aku lah... aku nak ketenangan dalam hidup aku.. aku nak enjoy every moment dalam hidup aku..seboleh-bolehnya taknak ada apa-apa yang boleh rosakkan mood aku.. aku nak happy je !! itu saja.. tak melibatkan kos kewangan yang agak tinggi pun.. kekekeke


Bagi yang dah siap pasang niat dan azam untuk 2014, SEMOGA BERJAYA!!..siap shout out lagi tu.. heee


Selamat Tahun Baru !!! Okeh, sambung kerja.. 





Saturday, 14 September 2013

+The Long Lost Friends+

Fuhhh fuhhh...

Lama dah tak hapdet belog ni. Kesibukan yang melanda diri ini menyebabkan daku tidak sempat untuk menghapdet belog. *hantuk kepala kat dinding*.. geli wey berdaku bagai... 

Oklah, back to the entri...

Korang kalau dapat jumpa kawan yang dah lamaaaa gilaaaa tak jumpa, apa yang korang akan bualkan??





Ruby (Kiri) dan Ayuni (tengah)


Seriusly, both of them memang lama gila tak jumpa. 

Ruby dah dekat 12 tahun tak jumpa. Jumpa kali ni, siap dengan 2 heroes dia sekali dia angkut. 

Ayuni pulak, once kami graduated sama- sama from UTAS, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Once I heard she got posted at Labuan, terus aku call dia. Rupanya bukan aku sorang je kena campak jauh di perantauan. Hahahaha.

We decided to meet last night (13 September 2013) kat One Borneo since both of them ada same conference kat sini. Even tho they are in the same field but they don't know each other, so aku jadi ejen la bagi kenal-kenal both of them. 

Had dinner together dan mula lah tanya macam-macam soalan. Ye laaa, orang dah tak jumpa almost 12 years. Soalan cepumas dari Ruby, aku memang dah agak dah. Macam biasa, jawapan aku cliche habis. Sorry Ruby. Takde jawapan yang sebaik jawapan itu. Yang penting, DOA. 

Selesai makan-makan, masuk lah slot takzirah oleh Ruby. Rindu pulak nak dengar Ruby ngomel-ngomel macam masa kat sekolah dulu. Macam-macam nasihat dia bagi kat aku dengan Ayuni. *senyum*.

We had so much fun that time. Susah jugak bila masing-masing sibuk dengan kerjaya dan famili. Nak jumpa lagi lepas ni, kena plan betul-betul. Insha Allah, hopefully lepas ni, kita dapat jumpa lagi and dapat spend time lama lagi macam semalam. 








Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”






Tuesday, 23 July 2013

+Selamat Berpuasa+



Moga belum terlambat untuk mengucapkan 
'Salam Ramadhan' 
pada semua kaum muslimin dan muslimat. 
Semoga dapat menunaikan ibadah dengan baik dan sempurna. 

Tuesday, 9 April 2013

+en colère+

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian untuk semua.





Memang hati tengah panas, marah. Terus baca doa kat atas tu nak elak daripada gangguan syaitan. Tapi aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahNya. 

Cuma lepas ni, aku rasa bukan cara terbaik untuk kekalkan hubungan itu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. 

Satu je aku nak bagi nasihat, kalau niat baik nak tolong orang, jangan terus judge manusia yang perlukan pertolongan itu akan kenang budi kau sampai bila-bila. Dan jangan pulak terus-terus dengar cerita di sebelah pihak dan jatuhkan hukuman pada pihak satu lagi sebab kita tak tahu kebenaran di sebalik kejadian. Bila dah kena batang hidung sendiri, menyesal pun dah tak guna lagi. 

Sekian, terima kasih.