Saturday 24 September 2011

Monday 19 September 2011

+Cuti-cuti Sabah+

Dah hampir 6 bulan aku duduk kat Sabah ni dan setakat ni belum ada rezeki lagi nak keluar jalan-jalan explore Sabah. Paling jauh pun KK je lah and kalau bosan-bosan je, aku pergi 1B je cuci mata. 

Plan yang bukan di plan betul-betul ni semua idea housemate aku. Tup tup dia terus cakap nak pergi Kundasang and jalan-jalan kat tempat-tempat best. Aku memang totally blur! tapi sempat cakap 'Nak ikut' ... 

sempoi je kannn...

So, last Friday bila semua rakyat jelata Malaysia menyambut Hari Malaysia, kami berlima memulakan perjalanan.........




Kami sampai kat lookout yang kami boleh tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Tengok je lah yer, aku tak larat kot nak panjat Gunung Kinabalu ni. 

Cantikkan? Subhanallah.. 





Then, kami pergi Desa Cattle nak tengok lembu. Lembu kat sini lain sikit dari kat kampung yang ada di Semenanjung. Lain sebab apa?? korang abiskan baca belog ni k





Hah, lain kannn? kaler dia hitam dan putih macam yang dekat New Zealand tu. Aku macam terpegun jap sebab biasanya tengok kat kotak-kotak susu je..







Ini Duta Desa Cattle. Dia cakap dia jugak yang lukis gambar-gambar kat batu ni. Korang percaya ? 



Extremely Excited!



No plat kenderaan terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tak dapat dikenalpasti...





Kami berada di ketinggian 1,450 dari aras laut tauuuu.... kau ada??










Kami di Sabah Tea sebelum pergi spa Ikan...




Okkay, aku admit memang aku geli tengok ikan-ikan bapak besar keliling kaki. Memang kawan-kawan aku cakap ikan-ikan ni tade gigi tapi aku seriusly geli okkai!...so,walaupun ditolak, diterjah, disakat, aku masuk sampai takat tu saje lahhh...tengoklah next time kalau aku ada keberanian, aku masukkan satu badan aku amacam?? 









Okkay, setakat ini saja laporan percutian kami. Semoga akan ada lagi percutian-percutian menarik untuk kami.

Kepada pilot and co-pilot, terima kasih daun keladi.. harap-harap ada lagi lepas ni


Sekian






Monday 12 September 2011

+Buatku tersenyum+

'Jika seseorang mengkhianati atau meninggalkanmu 
tersenyumlah sebab orang yang seharusnya bersedih adalah dirinya
kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu 
sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya~'
 
p/s : status seseorang kat FB buat aku kembali tersenyum dan berfikir...sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

 
 

+Hanya Kerana Satu Email+



Hanya kerana SATU email je


Aku......


Down


Takde mood


Patah hati


Patah kaki


Sakit jantung


Sakit hati


Pedih ulu hati


Buah pinggang ngilu


Aku rasa macam nak balik rumah sekarang jugakk
Peluk mak aku, peluk bapa aku


Sebab mak bapa aku lah KEKUATAN aku sekarang !


Aku sedih ! wuarrrgggghhhhhh

Saturday 10 September 2011

+Aku Nak Balik Hobart !+

Bukan tak best duduk kat Malaysia. Best ! Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan. Ewaaahhh cakpong cakpong...

Tapi pengalaman kat Hobart selama 2 tahun adalah yang paling best sekali. Masa mula-mula sampai memang agak goyah sikit la sebab tak kenal sapa-sapa pun, tapi lama-lama duduk kat sana, sampai siap ada family, atok nenek lengkap segala bagai, rasa macam kampung sendiri pulok ! ah ha.. kalau nak tengok 'family' yang aku maksudkan..korang click kat sini

Aku teringat masa mula-mula aku beraya kat Hobart, memang sayu sebab family takde. Tak dapat cium tangan mak bapa. Tak dapat maaf-maaf dengan kak Yong, Abang dan Adik, orang yang paling banyak berdosa dengan aku. haha. Tapi kemeriahan beraya dengan kengkawan adalah satu pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Duduk je kat negara omputih tapi dapat jugak makan makanan yang menjadi menu utama hari raya cuma takde la kuah kacang yang ada daging sekali tu. Sebab apa takde ? Aku pun tak tau.

Yang paling aku tak dapat lupa sekali bila time raya je, aku ponteng kelas. Sebab nak beraya punya pasal la. Aku siap email lecturer aku bagitahu yang aku nak raya. Walaupun aku tahu dia bukannya tahu pun raya tu apa. haha. Masa tu ada jugak assignment yang nak kena submit, tapi sebab nak beraya punya pasal, aku submit assignment awal-awal lagi. Aku make sure aku dapat enjoy hari raya tu, tak payah fikir-fikir nak buat assignment last minute. 

Dah lah, malas nak type panjang-panjang, aku letak gambar je la nak ceritakan kemeriahan raya aku kat Hobart. Aku harap one day aku ada rezeki pergi Hobart balik lawat  'family' aku kat sana. 

























hah, meriah kan ? sungguh meriah. 

tapi korang perasan tak, dalam setiap gambar, MESTI ada muka aku. 

Sebab tu kamera aku, jadik WAJIB lah ada gambar aku, takkan gambar korang pulakkan. 

okkay, terimalah gambar yang terakhir.......