Monday, 19 September 2011

+Cuti-cuti Sabah+

Dah hampir 6 bulan aku duduk kat Sabah ni dan setakat ni belum ada rezeki lagi nak keluar jalan-jalan explore Sabah. Paling jauh pun KK je lah and kalau bosan-bosan je, aku pergi 1B je cuci mata. 

Plan yang bukan di plan betul-betul ni semua idea housemate aku. Tup tup dia terus cakap nak pergi Kundasang and jalan-jalan kat tempat-tempat best. Aku memang totally blur! tapi sempat cakap 'Nak ikut' ... 

sempoi je kannn...

So, last Friday bila semua rakyat jelata Malaysia menyambut Hari Malaysia, kami berlima memulakan perjalanan.........




Kami sampai kat lookout yang kami boleh tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Tengok je lah yer, aku tak larat kot nak panjat Gunung Kinabalu ni. 

Cantikkan? Subhanallah.. 





Then, kami pergi Desa Cattle nak tengok lembu. Lembu kat sini lain sikit dari kat kampung yang ada di Semenanjung. Lain sebab apa?? korang abiskan baca belog ni k





Hah, lain kannn? kaler dia hitam dan putih macam yang dekat New Zealand tu. Aku macam terpegun jap sebab biasanya tengok kat kotak-kotak susu je..







Ini Duta Desa Cattle. Dia cakap dia jugak yang lukis gambar-gambar kat batu ni. Korang percaya ? 



Extremely Excited!



No plat kenderaan terpaksa ditutup atas sebab-sebab yang tak dapat dikenalpasti...





Kami berada di ketinggian 1,450 dari aras laut tauuuu.... kau ada??










Kami di Sabah Tea sebelum pergi spa Ikan...




Okkay, aku admit memang aku geli tengok ikan-ikan bapak besar keliling kaki. Memang kawan-kawan aku cakap ikan-ikan ni tade gigi tapi aku seriusly geli okkai!...so,walaupun ditolak, diterjah, disakat, aku masuk sampai takat tu saje lahhh...tengoklah next time kalau aku ada keberanian, aku masukkan satu badan aku amacam?? 









Okkay, setakat ini saja laporan percutian kami. Semoga akan ada lagi percutian-percutian menarik untuk kami.

Kepada pilot and co-pilot, terima kasih daun keladi.. harap-harap ada lagi lepas ni


Sekian






No comments:

Post a Comment