Thursday 27 December 2012

+Gumu kalajaku+

Faham? 

Itu bahasa Dusun yang membawa maksud "banyak kerjaku"... 

Memang sangat banyak kerja sekarang ni, tu sebab tak boleh nak bersuka ria hapdet belog. Lepas je abis Kursus Induksi, belum pun hilang penat  dahhhhhh kena panggil pergi Kursus KIPA di Politeknik Sabak Bernam. Masa berkursus tu macam-macam yang berlaku. Apa-apa pun ALFATIHAH untuk arwah Pak Ngah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Nov 2012. Semoga arwah Pak Ngah @ Abah tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sebelum aku start mengomel panjang-panjanggggg, biar aku kasi setel ini kerja. 

Chow !!

Monday 22 October 2012

+Sambil Kerja Sambil Bercuti+

'Sambil Kerja Sambil Bercuti'

Inilah istilah yang paling syiok sekali untuk aku. Sambil menyelam, minum air orang kate. hikhik..

Khamis lepas, masa orang tengah enak dibuai mimpi, aku lak tengah bersiap-siap nak gerak ke Tawau. Oleh kerana perjalanan memakan masa selama 12 jam, so kami memang gerak sangatlah awal. Nak kata awal sangat sebelum Subuh tu takde lah, tapi lepas solat Subuh dan makan pagi jugak lah kami gerak. Korang mesti nak tau, kami naik ape kan ke Tawau... ? Kami naik COASTER okkay ! 

Lihat di bawah...






Tak pernah-pernah aku berjalan jauuuuuuuhhh dengan coaster, selalunya naik kereta sendiri atau bas.. tapi ini je yang boleh kami dapat sebab ada faktor-faktor lain yang menghalang. Takpe, janji kami sampai.. Gambar ni masa kami stop sekejap di tepi jalan. Motif adalah untuk bergambar sebelum sampai Tawau. Cantik pemandangan masa tu, gunung Kinabalu jelas lagi.

Kami sampai Tawau jam 8 lebih macam tu. Perut dah bergendang-gendang dah mintak diisi. Oleh kerana Tawau ni syurga makanan so, aku merelakan diri melantak semua jenis makanan. 

DIET? Tiada istilah DIET di Tawau ye. Muahahaha..


Ini masa mula-mula sampai. Sampai je terus makan. Apa lagi, 
NASI AYAM PENYET satuuuuuuuuuu!!


Ni lah masa yang ditunggu-tunggu. 
SANGGAR CHEESE + MANGGA SAGU


Ok, STEAMBOAT time !!

Oleh kerana ini adalah lawatan ilmiah. Ada a few tempat industri yang kami lawat. Antaranya Koko Teck Guan, Tempat Pemprosesan Amplang di Tawau dan Tempat Pemprosesan Kerepek di Kunak. Banyak benda yang aku belajar masa lawatan ni, walaupun aku dah tak payah ambik periksa untuk subjek ni, tapi memang banyak input yang berguna untuk tambahkan pengetahuan. Harap-harap, lawatan ni dapat bagi faedah pada 21 orang pelajar yang aku bawak ni tak termasuk driver, tapi sepanjang lawatan, driver pun join jugak.. so harap-harap lawatan ni berfaedah untuk semua...



Koko Teck Guan, Tawau





Tempat Pemprosesan Keropok Amplang, Tawau





Tempat Pemprosesan Kerepek. Kechapi Enterprise, Kunak

Selain melawat tempat-tempat yang ada dalam tentatif program, satu kemestian bagi aku untuk melawat tempat membeli belah di sini. Haha. Shopping dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan. Jadi, boss aku yang baik hati lagi macho ni telah membawa aku pusing keliling bandar Tawau dan tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar gantung (tak berapa pasti nama sebenarnye tapi aku rasa aku dengar macam tu lah)..


Muka semua ceria je kannn...dapat shopping !! 

Esoknya pulak, kami ke Semporna. Okkay, kali ni memang aku sangat eksaited. Sebab memang 1st time aku pergi dan aku dengar, tempat ni MasyaALLAH, sangatlah cantik. Dan terbukti memang cantik. Kena pulak subjek-subjek yang berada dalam gambar pun cantik jugak. Hehe. Aku upload gambar je bagi tengok k..









Memang marbeles lahhh...sangat cantik dan sangat memukau pemandangan. 

Thank you Tawau for being soooooo NICE to me. Thank you to all my DPR6A students yang plan program yang sangat marbeles ni. Jangan lupa reflective journal untuk assignment 4 ye. Terima kasih kepada driver PKK, En. Sari dan En. Philip yang sentiasa berhati-hati dan memastikan kami selamat sampai. Dan last sekali, TERIMA KASIH daun keladi pada boss aku, Encik Rusli B. Amir sebab bagi idea yang mengancam jugak. Selain tolong bawak aku pegi shopping dan tempat-tempat yang menarik, boss juga telah berjaya menambahkan berat badan aku. 



Ni lah boss aku yang paling sempoi ! Thank you boss. Next time, big project dengan students ke Semenanjung pulak.. hehehe



Sekian....

Monday 23 July 2012

+Tenanglah.......+










Tenanglah Walaupun Masih Belum Berpunya.. :)
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.......





Aku redha...kalau itu yang tertulis untuk aku. 
InsyAllah
 janji ALLAH, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
*Sila Senyum*



+Boifren Baru+





p/s: berangan je laaaaaa (-______-)

Friday 20 July 2012

+Selamat Berpuasa+



Selamat Berpuasa !


p/s: Still keep this little sticker from Kak Sakinah, Kak Hana dan Kak Izwah masa mereka datang ke Hobart untuk Usrah menyambut Ramadhan

Thursday 12 July 2012

+Tade Mood+

Yakin dengan setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Yakin yang bukan rezeki aku lagi buat masa ni. Mungkin rezeki lain yang menyusul.

Sedih memang sangat sedih. Planning nak buat Master tak berjaya. Tapi aku yakin mungkin bukan sekarang. Apa-apa pun aku takkan give up. InsyAllah aku akan merayu jugak untuk sambung. Kalau uni ni taknak, aku pegi cari uni lain. UTAS  nak je tapi sebab aku tade duit lah aku tak amik.


mode: TADE MOOD woi !

Thursday 5 July 2012

+Bertemu & Berpisah+

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 

Minggu lepas je dah 2 orang kawan office berpindah. Sedih sebab suasana takkan sama macam dulu lagi.

Tapi walau macamana pun, kehidupan perlu diteruskan. Oh so skema ayat!.

Bukan diorang pegi mana pun. Razali pindah Merlimau dan Kak Aisyah pulak ke Kuantan. Still boleh jumpa kalau aku balik Semenanjung. Itupun kalau aku larat nak drive la. Mengikut pengalaman aku, kalau aku balik bercuti, aku adalah Puteri Lilin yang sangat lemah untuk bergerak. Hahaha



 Bersama Kak Aisyah 


 

Bersama Razali. 
Lepas ni dah tade lah goreng pisang sedap setiap petang :'(


All the best to both of you. We'll miss you.

Tuesday 3 July 2012

+Mak Bapa+



Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering menggores hati mereka,
Atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini. 



Bapa... Mak, Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...


p/s: sangat rindukan mak dan bapa :'(




Tuesday 26 June 2012

+Haaaa.. Kan Bes Macam Ni !+


+*Testing Testing*+

Ehem ehem.. 

testing testing.. 

One Two Three... 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 .. 

Ho yeahhhh !!

Berangan jap duduk depan mic sambil berlagak gaya seorang emcee yang berkaliber.. ewahhh.. hahahaha.. 

Sebab kenapa aku berangan? Sila rujuk gambar di bawah...




Pertama kali bertugas sebagai emcee untuk majlis yang sangat besar bagi aku.. InsyAllah aku akan cuba buat sehabis baik..

Terima kasih sebab bagi peluang. 




Tuesday 19 June 2012

+Bila cuti dah habis+

Cuti tahunan belum habis lagi. Ada balance lagi simpan untuk Raya.. Rileksss derrr.....baru awal tahun..eh! dah masuk tengah tahun dah...hehehe

Pengalaman cuti lama mengalahkan orang berpantang dan juga orang yang sibuk prepare nak kawen memang sangat mengujakan bak kate omputih OSEM atau lebih dikenali sebagai AWESOME!!. Tak kisah la ape orang nak cakap tapi aku tetap dengan cuti yang panjang berjela-jela sambil membesarkan badan di rumah. Bes tak terkata. Cumanya awal minggu percutian aku, aku tukar profession daripada seorang pensyarah yang berkaliber, aku jadi jururawat kampung yang tak bertauliah. Oklah. Sekurang-kurangnya selamat la orang yang aku jaga kejap tu.

Then habis je pesakit dibawa keluar dari wad taman Ampang. Aku jadi makcik sedara yang sangat garang kepada anak-anak sedara aku. Wahhhh ! garang laaa sangat bak kata Thaqif. Rumah riuh rendah sebab makcik garang ini suka menyakat budak-budak tu. Memang tak jadi kerja aku kalau budak-budak tu datang rumah. Bila sekolah start, aku jadik makcik drebar pergi ambik Tisya balik sekolah. Kalau Thaqif duduk sebelah, memang drift la pergi ambik kakak dia tu. Tamao kalah dengan budak kecik.caiiiitttt ~

Sekarang ni dah balik office. Sila rujuk imej di bawah yang mewakili ekspresi muka aku sekarang (masa menaip entry ini).... >>>

Nak kata senyum seronok... boleh lah.. Nak kata masam.. takde pulak ciri-ciri orang yang sedang bermasam muka.. hahaha.. 

Iya, aku bukan lah tak nak balik KK tapi memang sapa-sapa pun kalau dah bercuti macam orang tak sedar diri, memang lah masa nak balik tu muka cam haremmmmm... kan kan kan? Sila angguk tanda setuju.. 

Walaupun dah mula kerja, masuk hari kedua, mood masih lagi seperti masa mula-mula report duty (itu tanda-tanda orang semangat kerja tu) sila berikan tepukan gemuruh ya...Walaupun tengah update entry, aku sebenarnya tengah marking paper sambil berjoget-joget melayan lagu Shiela Majid..... so aku rasa lebih baik aku habiskan marking paper, kemudian layan movie sikit sambil ambik mood baru sebelum aku perah otak buat nota dan soalan-soalan tugasan. 

Oh yeahhhh.....

Sebelum terlupa, aku dah pindah rumah.. hehehe
NEW ENVIRONMENT, NEW LIFE, NEW ME !!!

Friday 15 June 2012

+happy birthday to me+



Alhamdulillah. Usia dah bertambah lagi. 
Akan bertambah dan tak akan berkurang. 
Semoga selain usia yang bertambah, Tuhan tambahkan lah rezeki aku, 
tambahkan iman dan taqwa dalam diri aku 
dan tambahkan kesihatan yang baik untuk aku dan keluarga aku. 
Amin.

Tuesday 15 May 2012

+G'day+

"Sometimes letting go makes things better because 
you believe in God's plan 
that one day 
someone will be sent & destined 
to be with you 
forever"

Monday 14 May 2012

+Chenta Hati Ku+






Kalau stress, tengok je gambar diorang
Kalau takde mood, tengok je gambar diorang
Kalau hati tak gembira, rindu kat family, 
TENGOK JE GAMBAR DIORANG

ini lah chenta hati aku...

Wednesday 25 April 2012

+Runsing+

Runsing dengan keadaan sekeliling. Runsing dengan perangai manusia yang suka bermuka-muka. 

Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMu ini. 

Tak dinafikan, kadang-kadang kita ada buat kesilapan, tapi perlukah kita menilai seseorang itu dengan kesilapan yang hanya SEKALI dia lakukan. SEKALI je kot tapi cakap macam dah berkali-kali buat. Macam dah takde peluang langsung untuk dia bertaubat. Sedangkan kita tahu, pintu taubat sentiasa terbuka. 

Bapa selalu cakap.. 'orang suka kite, ada sebab..orang tak suka kite pun ada sebab'

Benda-benda macam ni buat aku berfikir, sebab apakah yang korang semua nampak??

Benda dah jadi, apa boleh buat kan? jadi lah. Biarlah ! quoted from someone. Nampak macam pasrah dengan apa yang berlaku. Pasrah ke? Tapi masih mengungkit. Masih bercakap. 

Cukuplah di sini saje. Aku dah tak larat nak melayan karenah manusia yang suke bermuka-muka. 




Sekian.

Monday 9 April 2012

+Sibuk=Busy (in English)+


gambar di atas menunjuk keadaan aku pada masa ini. 

Kerja memang tak pernah habis dan tak pernah habis dan tak pernah habis.

Bercadang-cadang untuk menghabiskan masa di office sempena cuti umum Rabu ini 
OR
aku bawak tilam dan bantal je start Jumaat, Sabtu dan Ahad. 



Stressss !!

 

Saturday 25 February 2012

+Kau Ader???+



Sessi menonton 'wayang' di rumah... 
Ini lah kalau dah tade kerja nak buat, projektor nak pakai untuk PnP jadi alat nak tengok movie...
Lagi heaven kalau ada popcorn and pepsi.. 

Wednesday 15 February 2012

+LepasSatuSatuDatang+

Ye, lepas satu hal kepada satu hal !

Semalam aku interview dengan SPP. It went well walaupun orang cakap, masa nak interview tu mesti stress, tapi aku terbalik lah pulak, elok je lepas interview, tahap stress aku meningkat daripada 0 ke 100 ! tetiba aku x confident dengan apa yang berlaku.. arghh


Sekarang ni duk ngadap kerja yang tak habis-habis sebab audit nak datang ..... wuarghhhhh !
*kenapalah aku tak amik EL je hari ni*

Tuesday 17 January 2012