Friday 6 August 2010

+M.A.N.U.S.I.A+

Tengah duk sedap buat assignment, terpikir nak update belog. Entry kali ni berkisarkan tentang gelagat manusia tak kira la bangsa atau agama sekalipun. Sepanjang umur atau hayat I, bukan kali pertama jumpa dengan manusia yang tak kenang jasa or budi orang lain, malah ada juga terjumpa manusia yang boleh je berubah hati dan perasaan dalam sekelip mata. Ini bukan kisah cinta ye. Bukan BF/GF je boleh berubah perasaan dalam sekelip mata, jiran sebelah rumah pun boleh jugak ape. Selagi bernama manusia la. haishh...

Duduk di negara orang ni, kalau takde cabaran bukan sebuah kehidupan la. Duduk dengan mak bapak kat rumah pun ade jugak cabaran. Boleh dikatakan duduk kat mane2 pun mesti ada cabaran dan ujian. Senang cerita, kalau takmo cabaran atau ujian. Pergi mati je lah. Dekat sana pun, belom tentu lepas ujian saringan. ehem, pahamkah.?

Ini nak cerita kisah seseorang. Tak perlu tahulah dia tu sape. Sebenarnye tak penting pun dalam kehidupan seharian tapi sebab dah kenal kan. Nak tak hendak terima je lah. Kenal masa die masih belom berumah tangga. Kenal pun sebab kenal bakal die and because of nak kawen kot, die pun manis muka la. Pergi mane2 mesti tegur. Even dalam FB pun ada add. Bukan setakat add FB je, siap mengomen gambar yang I upload lagi. Kire macam mesra jugak la, tapi tak semesra kedai  stesen minyak MESRA itu ye sampai buat kopi dan teh hidang kat driver. Baik sungguh. Hehe.

But since when entah, die boleh delete I dalam FB. Aiseh, apa masalah engkau ye?Memula cek FB, terkejut jugak la, and I decided to add die balik, tapi die ignore. OK Fine. I don't care lagipun engkau hak mutlak orang. Itu tak menjadi masalah negara sebab ramai lagi yang sudi dijadikan kawan. Orang lain yang I tak kenal even I add untuk berkawan pun masih baik dan mesra dalam FB. Yang ini, entah mana silap entah, bukan dalam FB je delete, dekat luar kalau jumpa pun buat2 macam tak kenal. Tak guna sungguh! Dulu time engkau nak kawen, bukan main lagi engkau tunjuk muka manis engkau tu. Sekarang, jumpa kat luar, engkau tunjuklah tahap kesombongan engkau itu ye. Nak kata geram, tersangatlah geram. Rasa macam nak mintak balik hadiah kawen yang I bagi, tapi takmo lah sebab nanti kate buruk siku. 

Itulah manusia! Selagi engkau bernama manusia yang ada hati dan perasaan, malah akal dan fikiran. Kalau nak kate semua jahat tak boleh jugak sebab ada lagi manusia yang berhati baik dan berbudi pekerti. Cuma segelintir ni lah yang merosakkan. Ibarat 'kerana seekor kerbau bawak lumpur, habis terpalit kena kat semua'. Huh! lebih kurang laaa.

Dah la, Ramadhan dah nak dekat, semoga segala salah dan silap dapat dimaafi. Moga2 Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kite semua. Semoga ukhuwah senantiasa terjalin sesama manusia.  OK bye, nak buat keje sekolah.



No comments:

Post a Comment