Aku tahu la aku ni jenis gila2 tapi orang gila pun ada perasaan jugak. Nak kata rumah jauh nun terperuk di perkampungan sampai nak datang JEMPUT pun kene naik sampan or merentas lautan api. TAK JUGAK. Rumah aku memang takde loceng kat bawah untuk aku pergi bukak pintu kalau2 ada orang nak datang rumah, TAPI kami kat rumah ni ada telefon yang mane korang semua boleh call suruh kami bukakkan pintu rumah ni. Tak gheti2 nak call ke?? no dah hilang??.
Tak taulah ape jenis manusia macam ni. Aku tak kesah kalau taknak jemput pegi mane2 tapi tak perlu la kalau nak update kat status mane2 laman web pun. Tak kesah la ade twitter ke, FB ke, Friendster sekalipun untuk korang update, tapi korang tau tak yang korang ade connection dengan kiteorang yang TAK DIJEMPUT ni. Macam Hidd tulis dalam belog die "kalau nak kutuk boss, make sure korang tak approve friend request FB or Twitter dengan officemates". lebih kurang la. FAHAMKAH DI SITU?? Ibarat macam korang masak dan sekiranya jiran sebelah rumah, or selang 2 atau 3 buah rumah bau, korang kena la bagi makanan tu untuk kongsi sama2 kan. Mesti tau hukum kan.?
Kita hidup dalam community kecik je. Pusing sana pusing sini, toleh kanan kiri mesti nampak muka semua orang. Tak perlulah nak buat perkara2 yang boleh mengguris hati orang lain. Rasa hormat aku masih menebal lagi, aku risau semakin lama semakin nipis dek perbuatan korang semua. Mungkin harini, hari korang semua, kita sendiri tak menjangka apa yang akan berlaku masa akan datang kan. Jadi beringatlah KAWAN.
notakaki : 'korang' di sini dituju khas untuk sesape2 yang terasa. Sekian terima kasih...
No comments:
Post a Comment