Friday, 11 November 2011

+Tarikh dan kenduri+

11.11.11

Angka yang cantik. 

Aku akui tarikh hari ini memang sangat cantik. Semua angka satu je. Tak dinafikan lah kalau orang pilih tarikh ni untuk abadikan satu sejarah manis dalam hidup mereka sebab memang cantik dan tersusun. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kat sape-sape yang abadikan tarikh hari ini untuk perkahwinan ke, kelahiran ke, nak declare couple ke, nak bercerai ke atau apa-apa sekalipun sebab itu semua kan satu sejarah kehidupan. hehe....

Hari ni aku dijemput ke majlis walimah orang Sabah. Ex student colleagues aku jugak, so oleh kerana nak tahu dan nak tengok adat orang Sabah kahwin, aku pun menghadirkan diri lah ke kenduri tu dan dijemput untuk makan, makanya dah jadi tak haram aku makan kenduri kahwin tu sebab tuan rumah jemput aku makan. 



Tak pernah aku tengok kenduri kahwin susun kerusi macam ni. Macam nak tengok pementasan. Kalau di semenanjung, kat dewan pun susun kerusi ada meja makan. Aku tak tahulah kalau tuan rumah dan pengantin ni nak buat kelainan tapi memang berlainan. 
Aku suka ! 


Selamat Pengantin Baru. 

Aku pun tak kenal sapa yang kahwin ni tapi aku doakan kebahagiaan yang berpanjangan untuk mereka berdua. Amin. 




No comments:

Post a Comment