Sunday, 20 November 2011

+Ladies Nite+





Malas nak letak gambar banyak-banyak sebab broadband ni slow macam siput. Aku rasa aku dah bayar dah bil bulan ni. Takpelah, 4 keping gambar pun dah men'cerita'kan yang aku dah jadi ahli Puspanita. Anda bila lagi? 

Aku saja join ladies night ni sebab nak seronok-seronok. Beronok-ronok setelah pening dan kemungkinan juling menanda paper final exam students aku. Setakat 2 jam lebih nak bergumbira makan-makan dan melaram, bila lagi kannnnn??

Mekap ditaja oleh Huda. Pakaian sendirian berhad. 

Gambar yang last dengan Kak Ida, Queen of the night. *aku dah tahu yang aku memang kalah sebab ramai yang vogue-vogue malam tu*




Tuesday, 15 November 2011

Friday, 11 November 2011

+Tarikh dan kenduri+

11.11.11

Angka yang cantik. 

Aku akui tarikh hari ini memang sangat cantik. Semua angka satu je. Tak dinafikan lah kalau orang pilih tarikh ni untuk abadikan satu sejarah manis dalam hidup mereka sebab memang cantik dan tersusun. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kat sape-sape yang abadikan tarikh hari ini untuk perkahwinan ke, kelahiran ke, nak declare couple ke, nak bercerai ke atau apa-apa sekalipun sebab itu semua kan satu sejarah kehidupan. hehe....

Hari ni aku dijemput ke majlis walimah orang Sabah. Ex student colleagues aku jugak, so oleh kerana nak tahu dan nak tengok adat orang Sabah kahwin, aku pun menghadirkan diri lah ke kenduri tu dan dijemput untuk makan, makanya dah jadi tak haram aku makan kenduri kahwin tu sebab tuan rumah jemput aku makan. 



Tak pernah aku tengok kenduri kahwin susun kerusi macam ni. Macam nak tengok pementasan. Kalau di semenanjung, kat dewan pun susun kerusi ada meja makan. Aku tak tahulah kalau tuan rumah dan pengantin ni nak buat kelainan tapi memang berlainan. 
Aku suka ! 


Selamat Pengantin Baru. 

Aku pun tak kenal sapa yang kahwin ni tapi aku doakan kebahagiaan yang berpanjangan untuk mereka berdua. Amin. 




Thursday, 10 November 2011

+AidilAdha di Perantauan+

Oh ! semoga belum terlambat untuk aku ucapkan salam AidilAdha kepada semua. 
Kali ni aku beraya di Sabah. So ini adalah kali ke3 aku beraya haji di perantauan.

Gambar tade untuk entry kali ni sebab aku malas nak bawak kamera bosar aku tu ke hulu hilir. Kalau korang nak tau, aku hanya beraya di INTAN Sabah, rumah kak Ina dan di GSC 1Borneo layan 'Alamak Toyol'. Malam tu pulak aku beraya rumah kak Siti. So satu hari aku save duit makan. haha.

Yang penting aku beRAYA !

Saturday, 5 November 2011

+Family Day with JPK+

Ni outdated punya entry. Aku join family day ni last week tapi oleh sebab kekangan-kekangan yang aku hadapi, so sekarang ni lah masa aku update entry ni.




JPK Family Day
Venue : Padang Futsal PKK
Time : 7.30 am - 10.30 am (tapi aku mari jam 8am) 




Oh, dalam mulut ada apam polkadot. Tu yang tutup mulut tu sebab terasa diri begitu 
huduh bergambar dengan mulut yang penuh makanan.



Dodgeball versi Melayu yang entah apa-apa 
aku pun pening. 
Yang aku tahu, aku baling je bola tu. 
Kena ke tak, belakang kiraaaa..



Aksi seorang pensyarah yang melucukan. 
Aku tak tahu bila masa si Daus ni ambil gambar ni. 
Huduh !!



Hahahahahahahahaha
Dah ghope Santa Claus dah aku nengok. Hohoho !




Gambar kami sekeluarga
JPK



Okkay ! aku terkena ! 
'wakenabeb' kababommmmm





Okkay TOM ! ko siap ar !! hahahahah *evil laugh*



Apa-apa pun
Terbaekkkkkkkkkkk lah 


Friday, 4 November 2011

+Panel+

Kalau orang tengok mesti ingat rasuah. Hehe. 

Bukan rasuah la, ini sekadar nak menyeronokkan keadaan. Haha. 

Hari ini aku jadik salah seorang panel penilai untuk projek akhir students Diploma Pengajian Pemasaran (DPM). Memula aku kena nilai satu group je, tapi last minute bila kak Heather admitted ward, aku kena ganti dia. Biasa lah, hidup mesti tolong menolong. Lagipun kesian kak Heather. Semoga dia cepat sembuh. 

Tapi ada jugak Mr Melvin cakap dengan aku semalam, 'untung laaaa you dapat 2 groups sebab nanti dapat 2 refreshment'. Aku ingat ape kebendanye sebab aku dulu pun budak poli jugak, pernah jugak buat paper projek ni tapi tade la pulak nak hidangkan lecturer penilai dengan bende kejadah ni.

Tapi apa-apa pun idea ni terbaeeekkkkk....at least ada la jugak nak kudap-kudap sambil layan presentation budak-budak ni. 


yang dalam bakul tu sebenarnya ada banyak buah mata kucing, tapi aku dah makan dulu 
masa layan presentation group kedua. Tu yang tinggal banyak tu je..





Ini album yang aku baru bukak pembalut dia. 
Alaaaa yang benda buh dalam beg kertas tu.





Ini yang buat terharuuuuuuuuuuuuuuuuu ni !

Ayat bes untuk student aku
"saya terpaksa la dek non jadi panel penilai" hehehe *gurau aje*


Apa-apa pun, tahniah sebab dah selamat dah buat paper projek ni yang aku tau memang buat tekanan darah  tinggi dan bakal kena kencing manis. kahkahkah





p/s : Buh la banyak mana pun hadiah, keputusan masih tidak dapat dipengaruhi lagi. huhu