Thursday, 7 February 2013

+Kak Yong datang+

Assalamualaikum

Tahun 2013 ini dimulakan dengan kisah percutian famili kakak aku (kak Yong) dengan mak di Sabah. Tapi ini adalah percutian yang paling ringkas dan express sebabnya diorang datang Sabtu tengahari, Isnin pagi-pagi lagi dah fly balik Semenanjung. 

Oleh kerana kesuntukan masa, aku hanya sempat bawa jalan-jalan naik Kundasang, terus ke Ranau dan destinasi terakhir di Kg Luanti selepas lunch kat Sabah Tea Garden kemudian on the way balik rumah, kami singgah ke Rumah Terbalik di Tamparuli. 

Okeh la sangat kan daripada tak berjalan langsung. Diorang pun sempat jugak pergi kampung Air tempat shopping feveret mak aku. 



gambar ni masa kami singgah di area lookout yang boleh nampak gunung Kinabalu. 
(ce tengok budak pakai sweater belang dengan spek hitam, tak tahan okeh, macam lah sejuk sangat)







Am gonna miss them so much. 

Oh, tak sabar nak balik bercuti May nanti. 






terima kasih kerana membaca entri ini

No comments:

Post a Comment