Thursday, 7 February 2013

+Kak Yong datang+

Assalamualaikum

Tahun 2013 ini dimulakan dengan kisah percutian famili kakak aku (kak Yong) dengan mak di Sabah. Tapi ini adalah percutian yang paling ringkas dan express sebabnya diorang datang Sabtu tengahari, Isnin pagi-pagi lagi dah fly balik Semenanjung. 

Oleh kerana kesuntukan masa, aku hanya sempat bawa jalan-jalan naik Kundasang, terus ke Ranau dan destinasi terakhir di Kg Luanti selepas lunch kat Sabah Tea Garden kemudian on the way balik rumah, kami singgah ke Rumah Terbalik di Tamparuli. 

Okeh la sangat kan daripada tak berjalan langsung. Diorang pun sempat jugak pergi kampung Air tempat shopping feveret mak aku. 



gambar ni masa kami singgah di area lookout yang boleh nampak gunung Kinabalu. 
(ce tengok budak pakai sweater belang dengan spek hitam, tak tahan okeh, macam lah sejuk sangat)







Am gonna miss them so much. 

Oh, tak sabar nak balik bercuti May nanti. 






terima kasih kerana membaca entri ini

Wednesday, 6 February 2013

+BFF+


'Best Friend Forever'


I still remember the day that we first met. We were in the same class and you were busy looking for group mates. I was sitting in front of you and you were asking me if I would like to join you. YES, that was the answer. Since that, we become a very good friend. 

We had so much fun. After class, went to Nanny's house for a cup of milo and biscuits. We are so grateful for the time that we spent together.

Thank GOD, I've never felt alone in Tassie as I have a complete family. I have you, mum, Jack, Richard, dad and also Pop and Nan.

The moment I had to leave Tassie for good, I was thinking if I would have an opportunity to see you again. Trust me, I try my best to save and I believe that one day, we will meet.

Happy Birthday dear!
xoxo

+Al Fatihah+


Al Fatihah untuk Abah atau Pak Ngah.
26 November 2012

Ini PakNgah aku. Abang kepada bapa aku. PakNgah dah macam bapa aku sendiri. Teringat masa aku kecik-kecik dulu, kalau bab berjalan, memang dia tak pernah lupa nak bawa aku sekali. Kalau orang tanya anak siapa...? Dengan selamba arwah jawab anak dia. Mungkin sebab dia abang bapa aku so rupa aku pun lebih kurang iras dia jugak.

Aku teringat masa aku nak fly ke Aussie. Semua family bapa aku datang, cuma PakLang dengan MakLang je, wakilkan cousin aku hantar. Tapi PakNgah gigihkan diri jugak nak tengok aku berlepas ke Aussie. 

Sebelum pergi, macam-macam pesanan dia bagi dan aku tak pernah lupa dia pesan supaya jangan tinggal solat. 

Bila dah balik Malaysia dan kena posting ke Sabah, arwah orang yang paling rileks sekali dengar. Siap tanya aku dah jumpa orang Sabah ke nak buat calon menantu dia. Tak sabar dia nak tengok aku naik pelamin. Lepas tu, suka usik aku cakap '..hang jangan dok menggatai..' sedangkan dia tau alamat aku kat sini Menggatal

Cuma masa raya tahun 2012, aku perasan dia cakap pasal kematian. Mungkin dah sampai masa dia. Masa nak balik Ipoh tu aku perasan dia ada cakap yang tak tahu lagi dapat jumpa ke tidak. Dan aku perasan muka dia lain. Dia macam berat hati nak lepas aku pergi ke Sabah. Dia mintak kami bergambar sebelum aku balik Ipoh, dan memang gambar tu merupakan gambar terakhir aku dengan arwah (gambar atas).

Masa aku dengar dia sakit, terdetik kat hati yang mungkin tak lama lagi. Tapi aku tak nak fikir sangat sebab aku jauh kat Sabah dan aku doa supaya dia sihat. Aku sempat sembang dengan dia dan ada dia minta aku belikan buah Lai di Sabah..? Masa tu, mana nak cari buah Lai kat Sabah? Memang ada je kat pasar tapi agak-agaklah nak aku pos buah tu.Tak kan kat Semenanjung takde kot. Nak marah tapi tak sampai hati. Mungkin tanda-tanda dia nak pergi tu dah ada. Jadi aku pun bergurau benda lain, aku cakap kalau nak cheesy seven aku boleh belanja. 

Mungkin rezeki aku dapat balik tengok jenazah dia buat kali terakhir bila aku kena ke KIPA seminggu sebelum tiket flight aku balik bercuti. Aku dah plan nak cuti masa birthday bapa on Nov 30 dan ingat nak pergi lawat dia di Klang kalau berkesempatan. Allah dah aturkan segala-galanya. Tak lewat tak awal. 

Sekarang ni semua benda akan berubah. Pagi raya aku nanti tak akan ada bising-bising berebut toilet. Pagi raya nanti tak akan ada orang yang selalu bergaduh-gaduh dengan aku pasal benda-benda kecik dan aku akan rindu seorang lelaki yang segak berbaju melayu biru untuk aku salam di pagi raya. 

Ya Allah, semoga roh PakNgah ditempatkan di kalangan orang beriman. 

AlFatihah
Abdullah Bin Mat



terima kasih