Buat kali yang ke-3 aku pergi Kundasang.
Kali ni, plan adalah tidak dirancang dengan betul sebab kak Dayang ajak last minit dan aku hanya ikut saja sebab aku nak berjalan-jalan. Aku nak jalan-jalan ye sebab stress aku tak dapat balik Ipoh, tiket mahal !
So, after office hour Jumaat semalam, kak Dayang datang dengan hubby dia jemput aku kat rumah dan terus berdesup ke Kundasang. Siyesly, kalau suruh aku drive memalam ke Kundasang, aku rasa aku fail sebab jalan dia yang sangat adventurous dan silau lampu yang boleh buat aku tetiba buta malam. Tapi sebab abang Cherd yang agak expert bawak kereta, alhamdulillah kami sampai di Bayu Homestay dalam jam 7 lebih *aku rasa. Tak sempat nak tengok jam, tangan duk peluk tubuh je sebab sejuk sangat.
Pagi-pagi lagi kami dah pergi hantar rombongan yang nak panjat gunung and Abang Cherd *hubby kak Dayang* adalah salah sorang yang nak panjat gunung ke Kinabalu Park dekat homestay yang kami bermalam tu. Excited aku dengar yang dah banyak kali naik gunung ni. Jeles pun ada. Ye lah, dah alang-alang sampai Sabah ni kan, kalau tak naik rasa macam tak complete pulak. Aku plan nak naik next year dengan geng-geng ni. Bes pulak.
Aku letak gambar je lah ye.
Gunung Kinabalu masa di Kinabalu Park. Orang cakap, susah nak tengok kalau ada kabus dan Alhamdulillah, masa ni kabus tade dan gunung macam betul-betul depan mata aku. Tunggu nak dipanjat je. hehe
Ni hah, bukti aku pergi Kinabalu Park. Siap ambil gambar depan signboard besar gaban ni.
Part of the group yang panjat gunung on that day. Bagi semangat sikit walaupun aku rasa, dah banyak kali naik dah diorang ni. Apa-apa pun, next time kita naik sama-sama ek.
Oklah, kami nak pergi Poring layan air panas. Babai korang, naik elok-elok ye.
Dah sampai Hot Spring Poring.
Kak Dayang dalam bath tub nye, aku lepak tub sebelah. Air suam-suam hangat memang bes tapi oleh kerana makcik kurang ajar yang main celup-celup kaki masa aku dalam bath tub tu, memang bikin panas hati. Aku malas nak kenang tapi buat makcik yang celup kaki dia masa aku dalam bath tub tu, aku nak bagitahu, makcik memang rosakkan mood aku. Terima kasih semoga makcik enjoy lawatan ke Sabah ye. Lain kali jangan celup kaki dalam bath tub orang, kalau orang tu ada Hepatitis B, silap-silap makcik kena jangkit.
Oleh kerana mood kureng masa di Poring, dari nak naik Canopy Walk, terus tak jadi.
Makanya, kami decide turun KK, layan Ombak Rindu
Sekian laporan dari Kundasang, Sabah
No comments:
Post a Comment