Sunday, 25 July 2010

Orang Pun Ada Perasaan Jugak !

Aku tahu la aku ni jenis gila2 tapi orang gila pun ada perasaan jugak. Nak kata rumah jauh nun terperuk di perkampungan sampai nak datang JEMPUT pun kene naik sampan or merentas lautan api. TAK JUGAK. Rumah aku memang takde loceng kat bawah untuk aku pergi bukak pintu kalau2 ada orang nak datang rumah, TAPI kami kat rumah ni ada telefon yang mane korang semua boleh call suruh kami bukakkan pintu rumah ni. Tak gheti2 nak call ke?? no dah hilang??.


Tak taulah ape jenis manusia macam ni. Aku tak kesah kalau taknak jemput pegi mane2 tapi tak perlu la kalau nak update kat status mane2 laman web pun. Tak kesah la ade twitter ke, FB ke, Friendster sekalipun untuk korang update, tapi korang tau tak  yang korang ade connection dengan kiteorang yang TAK DIJEMPUT ni. Macam Hidd tulis dalam belog die "kalau nak kutuk boss, make sure korang tak approve friend request FB or Twitter dengan officemates". lebih kurang la. FAHAMKAH DI SITU?? Ibarat macam korang masak dan sekiranya jiran sebelah rumah, or selang 2 atau 3 buah rumah bau, korang kena la bagi makanan tu untuk kongsi sama2 kan. Mesti tau hukum kan.?


Kita hidup dalam community kecik je. Pusing sana pusing sini, toleh kanan kiri mesti nampak muka semua orang. Tak perlulah nak buat perkara2 yang boleh mengguris hati orang lain. Rasa hormat aku masih menebal lagi, aku risau semakin lama semakin nipis dek perbuatan korang semua. Mungkin harini, hari korang semua, kita sendiri tak menjangka apa yang akan berlaku masa akan datang kan. Jadi beringatlah KAWAN.


notakaki : 'korang' di sini dituju khas untuk sesape2 yang terasa. Sekian terima kasih...



Tuesday, 20 July 2010

+The Best Ice Breaking Ever+

Korang mesti penah pegi mane-mane kem motivasi and mesti penah dengar pasal 'ice breaking'. Hari ni, 2nd week of uni dan 1st time class 3 jam. 3 JAM OK! Bese lah kalau awal2 class dah kene introduce diri. 

Kalau normal ice breaking mesti diorang nak tahu NAMA, UMUR, HOBI and ASAL. kan..?? tapi kali ni different sket. Lecturer, Karin nama die, buat something interesting and rasenye tak penah ade orang buat lagi kot. Kalau ade silalah kongsi (^__^)v

We all kena write down 3 things and dalam 3 bende tu mesti ade satu yang SALAH. So, aku dengan bengong2 tak tau ape bende nak tulis, aku tulis la macam ni :


1.  I have Mac Book
2.  Loves reading
3.  I was born on 1985

 Cuba teka, dalam 3 bende yang aku tulis tu, yang mane salah?? 
yang mana SALAH ye?? hehe.




Korang nak tahu ape minah saleh tu jawab.? hehe. Ni yang buat aku kembang kuncup ni.hohoho. Diorang semua teka yang ke3 tu. 
I WAS BORN ON 1985
Mane tak kembang kuncup. hehehe. Nampak sangat aku ni mude belia remaja. 
Lebih kurang baya2 diorang je la tu.hehehe. So dengan bangga je, aku jawab 

"Sorry guys ! I don't have Mac Book." 

terkebil2 diorang lepas dah tahu umur aku dua puloh lima tahun. 

Mesti dalam hati "BIA BETOL MINAH NI! ".In english la, tak kan melayu pulak. hehe



Saturday, 17 July 2010

+Saya Mau Yang Ini+

Dah nearly 2 years pakai fon yang ini. Rase macam dah sampai masanye untuk tukar ke fon yang baru. (Ewaaah, banyak duit ko ye, cik Mimie). Tetibe je rase jemu yang xterhingga nak tukar fon lain. Aiseh ! (-_____-)!




Ini yang lama



Saya mau tukar yang ini.......







amacam..??





Tuesday, 13 July 2010

++Terharunya++

FYI, I ni baru je berjinak2 dengan dunia belog. Baru setahun jagung la orang tua2 cakap. Kalau nak diikutkan, xde banyak bende pun yang menarik nak dikongsi kat dalam belog I ni. Dengan layout xberapa nak lawa, followers pun xramai (boleh pulak I join jadik follower sebab nak bagi nampak ade followers) hehe.


Tapi, pagi tadi, lepas solat Subuh dan sedang menikmati sarapan pagi (ayat skema), saje bukak nak baca belog orang. Baca punya baca, belek punya belek, terjumpa la sesuatu yang sangat bes. Tak sangka I, walaupun masih baru, ade jugak hamba Allah yang masih menghargai kewujudan belog ni. Tenkiu kak Nani.




Nampak x ape yang I nampak??




Terharu tuuuu. Siap buh kat dalam list GULA-GULA HATI lagi tau. Tenkiu kak Nani (gamba di atas yang memakai tudung pink). Untuk pengetahuan kak Nani, I blaja buat layout belog dengan akak la. Tenkiu so much. 



Monday, 12 July 2010

+Semangat = Study+

Kelas sudah bermula. Segala keperluan sudah dibeli dan hanya tinggal semangat untuk belajar dengan bersungguh2 je memandangkan semester ni adalah final semester. Woots !

Memandangkan nak sangat semangat se.ta.di ni, dengan penuh kesungguhan I mengemas bilik supaya nampak kemas dan cantek.  Siap lekat segala wrapping paper konon2 ala2 wall paper lah. Boleh lah kannn.... 

Nak panggil Eric Leong, rasenye lambat pulak nak tunggu die ngemas bilik ni. Hehe. Harap2 bilik kemas dan cantek ni mampu memberi seribu atau lebih dari itu SEMANGAT yang dicari. Aminnn....






Inilah  tempat I. Ada gaya BOSS x?






hah! ni pulak timetable sem ni. 
Kelas Isnin, Selasa, Khamis dengan Jumaat je. Yang kaler2 je tau.




Salah Lagi !

Apalah nasib badan, jumpa dengan orang yang berlagak dan tak pandai nak hargai jasa orang lain. 

 Xpe2, Tuhan tu Maha Adil

hari ni kau buat orang tu, esok lusa kau pulak yang kena. 

Kalau nak kenang memang sakit hati. 

Lantak kau laaaa Labi.. 








Sekian.

Saturday, 10 July 2010

+S.A.A.T+

Bila baca bait2 ayat ni, terasa sangat lapang seolah2 mampu menginsafkan diri. Santapan rohani yang I jumpa kat blog ini. Sesape yang belom baca, silalah baca



S.A.A.T

  • Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

  • Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya


  • Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya


  • Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia


  • Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu


  • Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu 

  • Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu, 
  • Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu


  • Yang indah hanya sementara 

  • Yang abadi adalah kenangan 
  • Yang ikhlas hanya dari hati 
  • Yang tulus hanya dari sanubari


  • Tidak mudah mencari yang hilang 

  • Tidak mudah mengejar impian 
  • Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada 
  • Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga


  • Ingatlah pada pepatah, 

  • "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"


  • Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif 

  • Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas 
  • Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..


  • Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi 

  • Sehelai benang pun tak bisa dimiliki 
  • Apalagi yang mau diperebutkan 
  • Apalagi yang mau disombongkan


  • Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani 

  • Jangan terlalu perhitungan 
  • Jangan hanya mau menang sendiri


  • Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita 

  • Belajarlah tiada hari tanpa kasih 
  • Selalu berlapang dada dan mengalah 
  • Hidup ceria, bebas leluasa


  • Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan 

  • Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan 
  • Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Friday, 2 July 2010

+Melby Melb+

Yay! 

Harini start journey to the north. Walaupun dah 2 kali pegi Melbourne, tapi harini lain sikit sebab pegi dengan 2 besties. Hopefully everything goes well sebab dah ade tentatif tau.hehehe. 




I LOVE MELBOURNE