Saturday, 26 November 2011

+Logos Hope+

Nak tahu dengan lebih lanjut, apa itu Logos Hope?

Click di sini

Oleh kerana, peluang hanya datang sekali dalam hidup. 
Maka aku dengan ini tanpa melengahkan masa terus pergi survey buku-buku yang ada manalah tahu boleh buat rujukan untuk mengajar atau nak buat Master nanti. 
Sekaligus, menambahkan koleksi buku-buku aku.



Dengan kak Cherry dalam bas. Kena naik bas sebab kalau nak jalan memang jauh 
dari tempat parking ke kapal.
Bayar singgit je pun kalau naik bas.



Dah sampai depan kapal. 
Siap ada penunggu lagi yang menyambut kami.




Tengok buku ni teringat kat Azma



Semua beli 3 buah buku je sebab dah tetap kat situ
RM40 untuk 3 buah saja.




Aku suka kedai buku atau apa-apa yang berkaitan dengan buku.
Tapi aku malas masuk library.
Anda pelik?
 Aku pun heran




Kak Cherry, Kak Azah dan Kak Saima



Dah nak balik dah.
Tapi sempat pose depan kapal dengan Kak Azah.


Inilah buku-buku yang aku beli masa Kapal Logos Hope menyinggah di bumi di bawah bayu.





+I wish+


I wish someone will bake this type of cake for me on my birthday...
just change the Nikon to Canon.  







p/s: Julia shared this picture on my FB wall.

Friday, 25 November 2011

+Endnote+


'Someone' sent me this little endnote ! LOL





p/s : tak dapek den nolong nyeee :P

Monday, 21 November 2011

+Indahnya Sebuah Kemaafan+


Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah




p/s : dipetik dari belog http://feryco.com/indahnya-kemaafan

Sunday, 20 November 2011

+Ladies Nite+





Malas nak letak gambar banyak-banyak sebab broadband ni slow macam siput. Aku rasa aku dah bayar dah bil bulan ni. Takpelah, 4 keping gambar pun dah men'cerita'kan yang aku dah jadi ahli Puspanita. Anda bila lagi? 

Aku saja join ladies night ni sebab nak seronok-seronok. Beronok-ronok setelah pening dan kemungkinan juling menanda paper final exam students aku. Setakat 2 jam lebih nak bergumbira makan-makan dan melaram, bila lagi kannnnn??

Mekap ditaja oleh Huda. Pakaian sendirian berhad. 

Gambar yang last dengan Kak Ida, Queen of the night. *aku dah tahu yang aku memang kalah sebab ramai yang vogue-vogue malam tu*




Tuesday, 15 November 2011