Thursday, 22 December 2011

+Ternyata Kamu Lebih Suci Daripada Apa Yang Ku Bayangkan+

 


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata kamu lebih suci daripada apa yang ku bayangkan




p/s : Bait-bait lagu yang sangat makan dalammmmm.

Wednesday, 14 December 2011

+Alisha Zarrah+







p/s: Got these pictures from my best friend who is in Hobart for her graduation day. I miss this little girl. :') xoxo

Sunday, 11 December 2011

+Ombak Rindu+

Orang semua sibuk cerita pasal Ombak Rindu. Kalau aku tak pergi tengok kira macam lambat lah nak update-update cerita baru ni kan. So, aku pun pergilah tengok semalam dengan Kak Dayang lepas balik dari Kundasang. 

Nak kata cerita ni best, oklah, aku admit ada lah part-part yang best jugak. Aku suka scene Izzah landing atas dada Haris masa Haris tidur. Itu memang tak dinafikan sangatlah sweet. Kan bes kalau aku dah kawen, boleh buat scene tu dengan husband aku. Wahhhhh. hahahahaha. *berangan je kan?


Tapi aku tak puas hati lah masa layan cerita ni kat wayang. Kalau boleh, nak download tengok sorang-sorang je kat rumah. Masa tengah tengok ada la pulak budak menangis. Masa tengah tengok pulak lah aku dengar sorang budak ni tanya kenapa si Mail tu makan daun lalang tu. Aiseh! kalau boleh lah kan, next time tolong lah jangan bawak budak pergi tengok wayang. Rasa macam tak sesuai la pulak sebab kita pun tahu kan, ramai orang datang tengok wayang sebab cerita tu takde kat TV and diorang nak kosentrasi masa menonton. Kalau tengah syok-syok layan cerita, dengar budak menangis, tak panas hati ke?? Just my 2 sen opinion, lain lah kalau ada budak-budak lain yang ok masa tengok movie ni. Ada ke??

Ok, sambung balik.

Aku dengar cerita ni buat sesape saje boleh menangis meleleh air mata sebab sedih sangat. Aku tak tahu tang mana yang boleh buat aku menitiskan air mata? Aku cuba nak menangis. CUBA ok. Tapi siyesly aku tak tahu part mana yang boleh buat aku sedih. Aku nak menangis jugak *konon nak feel lah sangat kan* tapi masa aku nak menangis tu, aku tengok kiri kanan aku dah meleleh dah air mata. Siap sempat raba tisu ambil kat hanbag nak lap air mata. Tetibe je aku rasa kelako la pulak. Bila tengok-tengok balik dan CUBA *sekali lagi aku mention kat sini* aku CUBA nak menangis jugak, still tak boleh. Bergenang sikit lah masa tengok Haris jumpa Izzah masa kat kenduri Pak Dollah and Mak Jah ke Mekah tu. Lepas tu CUBA balik nak menangis masa Haris marah Izzah pasal Mail dan Izzah kejar dia sampai berdarah-darah but still bergenang je mata ni. Oklah tu kan, daripada hati kering tak ada feel langsung kan..hahahaha. *nak jugak menangis tu*

So far, cerita best cuma jalan cerita agak slow dan aku rasa macam tak complete je. Kalau buat series mungkin ok jugak. Kalau dalam 5 bintang, aku bagi 4 je lah. Ok la tu kan dari takde bintang  langsung. hahaha. 

Aku tak nak komen pasal pelakon. Walaupun semua pelakon hebak-hebak belaka, tapi aku rasa ada yang tak sesuwai bawak watak tu. Hahaha. Takpelah, dah berlakon dah pun kan, dah jadi cerita dah and dah tayang kat pawagam dah. 

Oklah, panjang sangat tulis entry ni. Aku harap-harap adalah yang baik hati bagi link supaya aku boleh download cerita ni. Nak layan kat rumah pulak sorang-sorang, nak tengok, boleh tak aku menangis lagi. *nak jugak menangis tu* hahaha. 



+Kundasang for the 3rd time+

Buat kali yang ke-3 aku pergi Kundasang.

Kali ni, plan adalah tidak dirancang dengan betul sebab kak Dayang ajak last minit dan aku hanya ikut saja sebab aku nak berjalan-jalan. Aku nak jalan-jalan ye sebab stress aku tak dapat balik Ipoh, tiket mahal !

So, after office hour Jumaat semalam, kak Dayang datang dengan hubby dia jemput aku kat rumah dan terus berdesup ke Kundasang. Siyesly, kalau suruh aku drive memalam ke Kundasang, aku rasa aku fail sebab jalan dia yang sangat adventurous dan silau lampu yang boleh buat aku tetiba buta malam. Tapi sebab abang Cherd yang agak expert bawak kereta, alhamdulillah kami sampai di Bayu Homestay dalam jam 7 lebih *aku rasa. Tak sempat nak tengok jam, tangan duk peluk tubuh je sebab sejuk sangat. 

Pagi-pagi lagi kami dah pergi hantar rombongan yang nak panjat gunung and Abang Cherd *hubby kak Dayang* adalah salah sorang yang nak panjat gunung ke Kinabalu Park dekat homestay yang kami bermalam tu. Excited aku dengar yang dah banyak kali naik gunung ni. Jeles pun ada. Ye lah, dah alang-alang sampai Sabah ni kan, kalau tak naik rasa macam tak complete pulak. Aku plan nak naik next year dengan geng-geng ni. Bes pulak. 

Aku letak gambar je lah ye. 


Gunung Kinabalu masa di Kinabalu Park. Orang cakap, susah nak tengok kalau ada kabus dan Alhamdulillah, masa ni kabus tade dan gunung macam betul-betul depan mata aku. Tunggu nak dipanjat je. hehe



Ni hah, bukti aku pergi Kinabalu Park. Siap ambil gambar depan signboard besar gaban ni.



Part of the group yang panjat gunung on that day. Bagi semangat sikit walaupun aku rasa, dah banyak kali naik dah diorang ni. Apa-apa pun, next time kita naik sama-sama ek. 
  

Oklah, kami nak pergi Poring layan air panas. Babai korang, naik elok-elok ye. 





Dah sampai Hot Spring Poring.

 Kak Dayang dalam bath tub nye, aku lepak tub sebelah. Air suam-suam hangat memang bes tapi oleh kerana makcik kurang ajar yang main celup-celup kaki masa aku dalam bath tub tu, memang bikin panas hati. Aku malas nak kenang tapi buat makcik yang celup kaki dia masa aku dalam bath tub tu, aku nak bagitahu, makcik memang rosakkan mood aku. Terima kasih semoga makcik enjoy lawatan ke Sabah ye. Lain kali jangan celup kaki dalam bath tub orang, kalau orang tu ada Hepatitis B, silap-silap makcik kena jangkit. 


Oleh kerana mood kureng masa di Poring, dari nak naik Canopy Walk, terus tak jadi. 

Makanya, kami decide turun KK, layan Ombak Rindu

Sekian laporan dari Kundasang, Sabah