Saturday, 23 October 2010

Tuesday, 19 October 2010

+Tiket Balik Malaysia+

Yay !
Tiket dah book. Thank you MOHE.

Ohkay ! Tiket dah book tapi Final Exam belom pun start lagi. 
TAKUT ?
 Of courseee.... Takut lah. Tapi harap2 semua berjalan lancar lah.
Doakan I (-_-)







Sunday, 17 October 2010

.No Title.

Kali ni entry tade tajuk. Cuma sekadar nak memenuhkan entri kat blog I ni dan at the same time, berkongsi link yang sedikit sebanyak boleh membantu kite. 

Banyak bende yang terjadi di saat mencari jati diri.
'Allah Taala sayangkan kite dan Dia uji dengan cabaran dan dugaan'..itu pesan mak setiap kali I luahkan ape yang terpendam di hati. Mungkin ini yang Allah Taala nak lihat, sejauh mana keteguhan iman dan tahap kesabaran kite.

Ape yang I TAK PERLU TAHU pasal seseorang yang dianggap sangat dihormati dikalangan orang ramai, sudah pun diketahui. Terkejut! tak sangka ape yang dia buat selama ini sebab penampilan or imej yang dibawa tak selari dengan ape yang dilakukan.
Ya Allah, moga Kau ampunkan dia.


Nak share sesuatu yang I jumpe kat link ini. Sama2 lah kite baca dan fahami supaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyAllah.




Monday, 11 October 2010

+Harapan Terakhir+

Sudah masuk minggu ke 2 dan berat badan masih tak berubah. haishhh!
macamano nih? 

ok, perkara begini tak boleh diambil ringan. Kene tindakan susulan yang berat. 

Baeklah....
demi mencapai berat badan yang ideal, I dah buat keputusan yang sangat drastik untuk amik supplement ni. Hopefully everything goes well.



..



..



..



..



..


taaadaaaa !


Semoga I berjaya. Aminnn......



Sunday, 10 October 2010

+8 Tips Mudah Membersihkan Hati+

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain

notakaki: dipetik dari IluvIslam.com. "sharing is caring".

Thursday, 30 September 2010

+Kenapa I Tak Mau Jadi Dokter..Sebab?+

Mesti time korang kecik2 dulu dah ade cita2 kan? Sama je dengan I. Time kecik2 dulu, bapa selalu cakap, 'bila besar nanti, Mimie jadik doctor ye'. Doctor penah la tengok, sebab dulu time kecik2, bila demam je bapa mesti bawak jumpa Doctor Deol. Itu je doctor yang tau. Tak penah amik tau ape keje doctor yang sebenar2nye.


So, bila makin dewasa, makin bertambahlah pengetahuan mengenai keje2 doctor dan bila dah datang Hobart, makin ramailah kawan2 doctor. Kesimpulannya, tau dah ape yang diorang ni buat la. Sape kate keje doctor ni senang..? Study pun dah susah, ini kan keje sebagai doctor. Nak kene hafal segala macam jenis2 penyakit..dan macam2 lagi lah. 

Kat sini, I dah jadi 'patient' dah kat member2 yang buat medic. Especially dengan Izzah. Kalau dengar je budak2 medic ade OSCE (betul ke eja.?..argh, bantai aje..) tunggulah Izzah datang rumah. Segala macam penyakit or ape2 yang I tak tau, semua keluar. 

Tapi masih tertanye2 kenapa I tak amik jurusan perubatan ni. Kat bumi Tasmania ni, dah ramai orang teka I buat course medic kat UTAS. Itu yang I pelik tu, ade rupa doctor ke?. Jangan kata lah nak amik course medic, nak pakai steteskop pun selalu terbalik. Itupun Fatin yang ajar cara yang betul. Aiseh, memalukann (=___=)

Ape2 pun rase2nye I memang tak boleh amik course medic. Sebab I mabuk darah. Tak boleh tengok darah, mesti mengeletar kepala lutut ni. Pastu tetibe je rase nak pitam. Hmm, macamane lah kalau nak kawen dengan doctor kan...? (Urgh, tade kene mengena langsung..)

Lagi satu...rase2nye u all semua kuat tak tengok gambar ni...? Gambar ni Amir yang amek, katenye kat museum clinical school, UTAS. I rase ni pun reason yang kukuh kenapa I tak amik medic. SCARY lah gambar ni.. huhu.








Saturday, 25 September 2010

+Episod Kembali ke Gym+

Lepas raya kalau poket tak kering, mesti badan naik. Dan sebab poket kurang sket kering dan badan yang naik melampau + menggedik, jadi bermulalah episod...
'kembali ke gym'
Keputusan dibuat atas sebab, nak pakai kebaya time konvo nanti, InsyAllah...
Oh, semoga impian untuk kembali ramping sebelum konvo dan balik Malaysia ni tercapai ! 
doakan ye. (=__=)