Tuesday, 26 June 2012
+*Testing Testing*+
Ehem ehem..
testing testing..
One Two Three...
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ..
Ho yeahhhh !!
Berangan jap duduk depan mic sambil berlagak gaya seorang emcee yang berkaliber.. ewahhh.. hahahaha..
Sebab kenapa aku berangan? Sila rujuk gambar di bawah...
Pertama kali bertugas sebagai emcee untuk majlis yang sangat besar bagi aku.. InsyAllah aku akan cuba buat sehabis baik..
Terima kasih sebab bagi peluang.
Tuesday, 19 June 2012
+Bila cuti dah habis+
Cuti tahunan belum habis lagi. Ada balance lagi simpan untuk Raya.. Rileksss derrr.....baru awal tahun..eh! dah masuk tengah tahun dah...hehehe
Pengalaman cuti lama mengalahkan orang berpantang dan juga orang yang
sibuk prepare nak kawen memang sangat mengujakan bak kate omputih OSEM atau lebih dikenali sebagai AWESOME!!. Tak kisah la ape orang nak cakap tapi aku tetap dengan cuti yang panjang berjela-jela
sambil membesarkan badan di rumah. Bes tak terkata. Cumanya awal minggu
percutian aku, aku tukar profession daripada seorang pensyarah yang
berkaliber, aku jadi jururawat kampung yang tak bertauliah. Oklah.
Sekurang-kurangnya selamat la orang yang aku jaga kejap tu.
Then habis je pesakit dibawa keluar dari wad taman Ampang. Aku jadi
makcik sedara yang sangat garang kepada anak-anak sedara aku. Wahhhh !
garang laaa sangat bak kata Thaqif. Rumah riuh rendah sebab makcik
garang ini suka menyakat budak-budak tu. Memang tak jadi kerja aku kalau
budak-budak tu datang rumah. Bila sekolah start, aku jadik makcik
drebar pergi ambik Tisya balik sekolah. Kalau Thaqif duduk sebelah,
memang drift la pergi ambik kakak dia tu. Tamao kalah dengan budak
kecik.caiiiitttt ~
Sekarang ni dah balik office. Sila rujuk imej di bawah yang mewakili
ekspresi muka aku sekarang (masa menaip entry ini).... >>>
Nak kata senyum seronok... boleh lah.. Nak kata masam.. takde pulak ciri-ciri orang yang sedang bermasam muka.. hahaha..
Iya, aku bukan lah tak nak balik KK tapi memang sapa-sapa pun kalau dah
bercuti macam orang tak sedar diri, memang lah masa nak balik tu muka
cam haremmmmm... kan kan kan? Sila angguk tanda setuju..
Walaupun dah mula kerja, masuk hari kedua, mood masih lagi seperti masa
mula-mula report duty (itu tanda-tanda orang semangat kerja tu) sila
berikan tepukan gemuruh ya...Walaupun tengah update entry, aku
sebenarnya tengah marking paper sambil berjoget-joget melayan lagu
Shiela Majid..... so aku rasa lebih baik aku habiskan marking paper,
kemudian layan movie sikit sambil ambik mood baru sebelum aku perah otak
buat nota dan soalan-soalan tugasan.
Oh yeahhhh.....
Sebelum terlupa, aku dah pindah rumah.. hehehe
NEW ENVIRONMENT, NEW LIFE, NEW ME !!!
Friday, 15 June 2012
+happy birthday to me+
Alhamdulillah. Usia dah bertambah lagi.
Akan bertambah dan tak akan berkurang.
Semoga selain usia yang bertambah, Tuhan tambahkan lah rezeki aku,
tambahkan iman dan taqwa dalam diri aku
dan tambahkan kesihatan yang baik untuk aku dan keluarga aku.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)