Sunday, 29 May 2011

+Episod Pertama Percutian+

Ya Allah, tak tergambar perasaan gumbira di hati tatkala sampai di rumah. Seronok sangat-sangat sampai melompat-lompat keriangan seperti berada di kota keriangan. Ah ha !

Okkai, travelling took about 12 hours sebab I lambat ambil flight. Flight jam 9.25pm and safely touched down kat LCCT jam 11.45pm. TERawal 15 minit kata Kapten tu. *Ter* okkai  ! Next time, kene ambil flight awal laaa. Then sampai je LCCT, I menggagahkan diri mencari bus pulak. Then, bila jumpa bus, nak beli tiket, kaunter tak bukak lagi. Aiyooo ! Jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih. Perut memulas-mulas bukan nak pergi buang hajat tapi meronta-ronta kelaparan. Maka dengan beg sandang dan beg tarik, I pergi menjamu selera di Food Garden LCCT. 

Bila kaunter dah buka, terus beli tiket balik Ipoh untuk jam 2 PAGI sebab itu saje bus yang last. Ya Allah, lamanyaaaa rasa nak sampai rumah Ipoh. Tapi takpe, akan sampai jugak, insyAllah. 

So, dalam bus je dah 3 jam lebih. Nasib baik tak ramai orang dalam bus so boleh buat gaya kuak lentang untuk berehat-rehat. 

Akhirnya, Alhamdulillah, sampai di Medan Gopeng jam 5.15 am. Mata yang berat mula terasa segar sebab nak jumpa mak and bapa. Dah kangan bangat sama mereka. huhu...Tetapi perjalanan kali ni tak ter'snap' dengan kamera walaupun kamera ade je dalam beg sandang tu. Bukan ape, malas la nak usung kamera sebab jalan sensorang kan. Takut jugak !

So, bermulalah episode pertama percutian selama 4 hari tak termasuk public holiday 2 hari dan weekends selama 4 hari, so total up semuanya dalam 10 hari bercuti, setelah hampir 2 bulan bekerja di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. 


+Selamat Bercuti untuk I+





Wednesday, 25 May 2011

+Mari belajar Dialek Sabah+

                        1.     Lori           =   Roli, Loli, Rori
                    2.     Cawan      =   Sawan
                    3.     Cantik       =   Santik
                    4.     Vitamin     =   Bitamin
                    5.     Jepun        =   Jipun
                    6.     Kedai        =   Kadai
                    7.     Beras        =   Baras  
                    8.     Video        =   Vidio
                    9.     Kereta      =    Kalita, Kurita
                    10.   Sekolah     =   Sikul, Skulah
                    11.   Jalan Raya =   Jaraya
                    12.   Gelas         =   Galas
                    13.   Seluar        =   Seruar, Serual 


(Dewan Bahasa dan Pustaka. 2011)




Belajar lah bercakap bahasa Sabah yang unik ni. I belajar masa Kursus Orientasi di Tenom. 

"bulih bah kalau kau"

Sunday, 22 May 2011

+Lazy Sunday+

Setelah lebih kurang 6 hari duduk kat Tenom, busy dengan kursus Orientasi, sekarang ni masa untuk membasuh baju sebanyak 5 baldi. 5 BALDI Okkai, sebab I tade mesin basuh ye kengkawan. Kena la basuh tangan sambil-sambil eksesais tangan ni. Tapi I malas. Ada yang volunteer nak basuhkan..? How I wish I have a maid. 

Hari ini hari Ahad. Hari minggu. Pagi-pagi lagi dah ke Gaya Street, meninjau-ninjau barang-barang yang perlu dibeli untuk menambat hati mak dan bapa. Oh, I dah nak balik bercuti ya. Eksaited ! Ada la beli sikit-sikit. Rabak jugak la purse I yang cantik tu. *ahaks. Habis je sessi membeli dan belah dari tempat tu, dah tade keja dah. Bohsan la duduk rumah. Nak keluar pun malas. Tak tahu nak buat ape, update belog je lah. Nak citer pasal ape? Oh, tade mende lah. Gambar-gambar kat Tenom pun belum semak satu persatu. Beribu riban jugak la gambar. Kena cek mana yang lawa-lawa je upload. *Boleh? 

Oleh kerana bohsan duduk kat rumah, tangan ni p gatai mesej cik Jemah tanya dah pregnant ke belum...? Gila apa ! Bergolek member tu ketawa sebab agak-agak la nak tanya kan..dia baru je 3 minggu kawen. Tapi nothing impossible la cik Jemah. Persenyawaan kan berlaku dalam masa 48 jam. Macam tau-tau aje. 

Okkai, tetibe rasa nak kahwin. *gatai !