Saturday, 23 October 2010

Tuesday, 19 October 2010

+Tiket Balik Malaysia+

Yay !
Tiket dah book. Thank you MOHE.

Ohkay ! Tiket dah book tapi Final Exam belom pun start lagi. 
TAKUT ?
 Of courseee.... Takut lah. Tapi harap2 semua berjalan lancar lah.
Doakan I (-_-)







Sunday, 17 October 2010

.No Title.

Kali ni entry tade tajuk. Cuma sekadar nak memenuhkan entri kat blog I ni dan at the same time, berkongsi link yang sedikit sebanyak boleh membantu kite. 

Banyak bende yang terjadi di saat mencari jati diri.
'Allah Taala sayangkan kite dan Dia uji dengan cabaran dan dugaan'..itu pesan mak setiap kali I luahkan ape yang terpendam di hati. Mungkin ini yang Allah Taala nak lihat, sejauh mana keteguhan iman dan tahap kesabaran kite.

Ape yang I TAK PERLU TAHU pasal seseorang yang dianggap sangat dihormati dikalangan orang ramai, sudah pun diketahui. Terkejut! tak sangka ape yang dia buat selama ini sebab penampilan or imej yang dibawa tak selari dengan ape yang dilakukan.
Ya Allah, moga Kau ampunkan dia.


Nak share sesuatu yang I jumpe kat link ini. Sama2 lah kite baca dan fahami supaya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyAllah.




Monday, 11 October 2010

+Harapan Terakhir+

Sudah masuk minggu ke 2 dan berat badan masih tak berubah. haishhh!
macamano nih? 

ok, perkara begini tak boleh diambil ringan. Kene tindakan susulan yang berat. 

Baeklah....
demi mencapai berat badan yang ideal, I dah buat keputusan yang sangat drastik untuk amik supplement ni. Hopefully everything goes well.



..



..



..



..



..


taaadaaaa !


Semoga I berjaya. Aminnn......



Sunday, 10 October 2010

+8 Tips Mudah Membersihkan Hati+

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri kita secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin kami kongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
  3. Berakhlak baik
  4. Menimba ilmu tanpa henti
  5. Bekerja keras cara bijak
  6. Bersederhana dalam hidup
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
  8. Memaafkan orang lain

notakaki: dipetik dari IluvIslam.com. "sharing is caring".