Tuesday 30 August 2011

+AidilFitri 2011+


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
dari kami
Jamaludin's family


Tahun ni paling best sebab semua anak-menantu mak bapa aku ada . Dah hampir 2 tahun aku beraya kat perantauan, bila balik kali ni bukan saja turn aku bagi duit raya kat anak-anak sedara tapi kebahagian tengok muka mak bapa aku yang bahagia je sepanjang masa. 

InsyaAllah, semoga kebahagian itu kekal selamanya. Amin. 



Thursday 18 August 2011

+Aku BUKAN SuperMak+

Memang la aku BUKAN SuperMak sebab aku takde kuasa macam SuperMak. Dan aku juga, belum berkahwin dan takde anak, so bukan MAK lagi la.Kalau aku ada anak nanti, aku nak anak aku panggil aku Ibu atau Mommy. So mungkin lepas ni, akulah SuperIbu atau SuperMommy.

Aku bukan penyelamat keadaan. Aku bukan jenis buat kerja last minute dan aku juga tak suka menimbulkan kesusahan pada individu lain kerana hal remeh temeh. Aku lebih suka kalau setiap hal yang berkaitan dengan kerja aku dibincang dulu sebelum buat keputusan. Tak kira kerja kumpulan atau individu. Kalau kumpulan, tentulah bincang dengan team kan tapi kalau individu..? aku lebih suka plan dulu lah.

Oleh kerana aku BUKAN SuperMak korang, lebih baik kalau ada apa-apa aktiviti, diberitahu lebih awal atau dengan kata lainnya 'bincanglah' sebab aku BUKAN penyelamat keadaan. Tak perlulah kerana orang lain punya masalah, benda kecik je pun, aku pulak yang kena take over.

Walaupun aku BUKAN SuperMak, TAPI aku BUKAN tuli, aku BUKAN buta. Apa yang Tuhan anugerahkan pada aku, aku guna sebaik mungkin.

Syukur Alhamdulillah. 







p/s : Cantikkan Nasha Aziz pakai costume SuperMak tu. Teruja aku tengok dia angkat anak dia guna sebelah tangan je. Chomel gila budak tu.


Wednesday 17 August 2011

+Dugaan Bulan Puasa+

Sungguh banyak dugaan yang Tuhan bagi kat aku bulan-bulan puasa ni. Tapi kena sentiasa positif supaya nampak awet muda selalu. *Pesanan mak aku.

Dugaan yang paling best tak hengat adalah apabila laptop kesayangan aku yang telah berkhidmat hampir 4 tahun lamanya ROSAK. Okkay, aku memang sangat lah bengang walaupun dah banyak kali aku 'ugut' nak tukar Macbook kalau dia buat hal. Tapi nampaknya dia rela dimadukan dengan Macbook.






Apple Macbook Pro



Walaupun dia rela TAPI aku TAK RELA nookkk
sebab mahal bebenor regenye.
Kalau nak pakai jugak, alamat mee segera la makanan ruji aku bulan depan. 
Seriously sangaaaaaaaatttttttlah mahal.




So, aku survey yang ini.





11.6 inch VAIO Y Series (Silver)





kecik je. 
Murah pun murah. 
Brand ok.
Kualiti macam ok. 
Ok ke?

Lepas tu pegi gatai survey yang ini.




iPad 2


Macam nak beli jugak.
Tapi cukup ke duit ni?
Haish !



DU - GA - AN !











Saturday 13 August 2011

+Belog Aku+





Belog aku adalah belog aku BUKAN belog kamu

Entry-entry dalam belog ini lebih kepada entry bergambar sebab aku minat bergambar
bukan kira minat kamu.

Tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau meninggal dunia

TAK SUKA guna belog ini untuk mengata orang 

Tak akan guna belog ini untuk cerita kisah duka rumah tangga walaupun belum berumah tangga
akan cerita kisah-kisah suka saja kalau dah berumah tangga


TAPI BUKAN 


'abang sayang ayang..'


'sayang rindu abang, setiap masa, setiap detik..'


Uwekkk!


Nak jiwang-jiwang, geli-geli...sila berambus*


Inilah belog aku












+Jesselton Point+





Alkisah berbuka puasa di Jesselton Point. 
Cantek weyh tempat ni. Memang cantek dan makanan pun murah-murah je.
Ingat nanti kalau mak and bapa datang KK, nak bawa pergi makan kat tempat ni.

'mak bapa, cepatlah datang KK.'



Saturday 6 August 2011

+Aku pun nak dicabar jugak+


Okkay, tajuk sangat hebak!

Macam nak cari pasal pun ada. Oh ini bukan cerita KoNGsi ya. *Lu Langsi Lu Mati*
Tapi ini semua gara-gara belog Hanis Zalikha yang suruh
 terai produk ni untuk cabaran tanpa mekap. 


Produk ape ye?



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, 
dapat jugak aku terai produk SK-II yang mahal bebenor ni. 
Rege dia pun dah lebih kurang bayar toyota Vios sebulan ye. 



Produk ni dalam botol kecik je. *trial set* Mak angkat aku yang bagi tadi.
Pos dari Mukah tuuuu. Thank you sangat-sangat. *Terharu okkay ! 
Baru je kot roger-roger dia, pastu tengok-tengok dah hantar ke KK dah. 

Harap muka aku cantik berseri tanpa secalit mekap raya ni  (^__^)v





Tuesday 2 August 2011

+Ramadhan Al-Mubarak+


 Ramadhan is the month of blessing. 
May Allah SWT bless us with peace and happiness
this Ramadhan and always